Ahad, 3 April 2011



Orang-orang bukan Islam biasanya bertanya di mana Tuhan orang-orang Islam?Adakah soalan ini relevan untuk dijawab atau adakah ia perlu diabaikan kerana ia bukan urusan kita sebagai makhluk?

Sebenarnya, persoalan ini pernah ditanyakan sendiri oleh Rasulullah S.A.W kepada seorang hamba wanita kepunyaan Mu`awiyah bin Al-Hakam As-Sulamiy. Maka Nabi berkata kepadanya: "Di mana Allah?". Dia (wanita itu) berkata, “Di langit”. Dia (Nabi) berkata: "Siapa saya?". Dia (wanita itu) berkata, “Kamu ialah Rasulullah”. Dia (Nabi) berkata: "Bebaskanlah dia, maka sesungguhnya dia adalah wanita yang beriman". [Muslim/ 537]

Dalam hadis ini, Nabi sendiri yang bertanya soalan “Di mana Allah?”, justeru adalah tidak wajar jika ada pihak yang menghalang soalan ini daripada ditanya. Berkenaan dengan jawaban kepada soalan tersebut, Nabi tidak menegur atau membantah jawaban hamba wanita itu, sekali gus memberikan pengakuan atau iqrar bahawa jawabannya adalah benar dan dia adalah seorang wanita yang beriman.Justeru, Allah berada di langit! Dalam Al-Qur’an juga disebut:"Adakah kamu aman daripada Dia (Allah) yang di langit? Bahawa Dia akan membenamkan bumi bersama kamu, maka ketika itu ia bergerak?" [Al-Mulk: 16]Justeru, ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa Allah berada di langit.Hal ini turut disokong oleh kata-kata Nabi berikut:"Orang-orang yang penyayang, mereka disayangi oleh Ar-Rahman. Sayangilah yang di dunia, akan menyayangi kamu Dia yang di langit". [At-Tirmizi/ 1924, sahih]Nabi juga pernah berkata:"Tidakkah kamu mempercayaï saya? Sedangkan saya adalah Amin (yang dipercayaï) oleh Dia yang di langit. Perkhabaran langit mendatangi saya ketika pagi dan ketika petang". [Al-Bukhary/ 4351]

Dalam Al-Qur’an pula disebut:"Ar-Rahman, di atas `Arasy Dia bersemayam" [Taha: 5] Justeru, dalam ayat ini dijelaskan bahawa Allah yang bersifat Ar-Rahman bersemayam di atas `Arasy. Jadi, Allah berada di atas `Arasy sedang bersemayam!Dalam satu hadis sahih dijelaskan bahawa Nabi berkata:"Sesungguhnya Allah telah menulis satu penulisan sebelum Dia menciptakan kejadian “Sesungguhnya rahmat Saya mendahuluï murka Saya”. Maka ia tertulis di sisi-Nya di atas `Arasy". [Al-Bukhary/ 7554]Dalam Sahih Muslim pula dijelaskan bahawa Bani Tamim mendatangi Nabi pada suatu hari dan mereka berkata:Mereka berkata, “Kami telah sampai, kami mendatangi kamu untuk kami memahami dalam hal agama, dan untuk kami bertanya kepada kamu tentang permulaan perkara ini, apakah ia?” Dia (Nabi) berkata: "Ia adalah Allah, dan tiada sesuatu pun sebelumnya. Dan `Arasy-Nya di atas air. Kemudian Dia telah mencipta angkasaraya dan bumi, dan Dia telah menulis dalam Az-Zikr tentang segala sesuatu". [Muslim/ 7418] Hadis ini menerangkan bahawa `Arasy Allah berada di atas air. Justeru, Allah berada di langit, sedang bersemayam di atas `Arasy yang berada di atas air.Juga hadis berikut:"Tuhan kita – tabaraka wata`ala - turun setiap malam ke langit dunia ketika masih tinggal satu pertiga malam yang akhir, Dia berkata: "Sesiapa yang memanggil Saya, maka Saya akan menjawabnya, sesiapa yang meminta kepada Saya, maka Saya akan berikannya, sesiapa minta ampun kepada Saya, maka Saya akan mengampuninya" .[Al-Bukhary/ 1145] Hadis ini menjelaskan bahawa Allah turun ke langit dunia, dan Dia turun dari satu tempat yang sudah tentunya lebih tinggi! – iaitu `Arasy.Justeru, hadis ini menafikan bahawa kata-kata sesetengah orang bahawa ‘Allah berada di mana-mana’ kerana ia adalah fahaman Wahdatu l-Wujud yang sesat.Maka ketika anda ditanya, di mana Allah?. Maka katakanlah:"Allah itu berada di atas langit, bersemayam di atas arasy."

Jika mereka membantah, maka katakanlah:"Sesungguhnya kami beriman dengan sifat Allah sepertimana yang ALLAH SIFATKAN DIRINYA SENDIRI di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Bahkan, kami TIDAK MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK."MOHON DISEBARKAN.Wallahualam...