Jumaat, 1 April 2011

kasih sayangNYA..



Setiap ujian  dan dugaan yang datang itu bukan sekadar musibah, ia adalah didikan dan ingatan ALLAH SWT kepada hamba-hambaNya agar sentiasa berharap dan ingat denganNya..kerana itu semakin banyak ujian dan dugaan seseorang semakin tinggi darjatnya di pandangan ALLAH...semakin banyak kamu mensyukuri dan redha dengan ketentuanNya, semakin hampir kamu kepadaNya..

Muhyiddin Ibn Araby berkata :
" Jika ditahan permintaanmu maka berertinya engkau telah diberi dan jika segera diberi permintaanmu bererti telah ditolak dari sesuatu yang lebih besar. Kerana itu utamakan tidak dapat daripada dapat dan sebaiknya seorang hamba tidak memilih sendiri tetapi menyerah sebulat-bulatnya kepada Tuhan yang menjadikannya yang mencukupi segala keperluannya."

Abul-Hasan Assyadzily r.a berkata :
"Alqabdu wal basthu (risau hati dan riang hati) selalu silih berganti dalam perasaan tiap hamba bagaikan silih berganti siang dan malam. Dan sebabnya qabdh (risau hati) itu salah satu dari tiga :
  • Kerana dosa 
  • atau kehilangan dunia
  • atau dihina orang 

Maka adab seorang hamba jika merasa berdosa harus segera bertaubat dan jika kehilangan dunia harus rela dan meyerah kepada hukum Allah dan bila dihina orang harus bersabar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan