Isnin, 28 Februari 2011

Waktu-Waktu Mustajab untuk Berdoa



oleh Ustaz Zahazan Mohamed

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.






Nabi Isa a.s dengan orang mabuk cinta


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.


Rasulullah S.A.W telah bersabda,
"Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."






Sabtu, 26 Februari 2011

sebaik mukmin itu..


Dari Muadz bin Jabal Radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Saya pernah bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah perjalanan safar. Pada suatu pagi, saya dekat dengan beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan kami sedang berjalan, lalu saya berkata, “Wahai Rasulullah, kabarkanlah kepadaku suatu amalan yang memasukkan diriku ke dalam Syurga dan menjauhkan diriku dari Neraka!”Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

“Sungguh engkau telah bertanya tentang sesuatu yang agung, dan sesungguhnya hal itu mudah bagi orang yang dimudahkan Allah (iaitu) engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun, menegakkan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, beribadah haji ke Baitullah,” kemudian beliau bersabda, “Maukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai, sedekah akan memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solat seseorang pada tengah malam.”

Kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Maukah aku kabarkan kepadamu inti segala sesuatu perkara, tiang dan puncak tertingginya?” Saya menjawab, “Tentu wahai Rasulullah!” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Inti segala sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncak tertinggi di dalamnya adalah jihad.”

Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Maukah aku kabarkan sesuatu kepadamu sesuatu yang bisa mengendalikan itu semua?” Saya menjawab, “Tentu wahai Nabiyallah!” Beliau lalu menunjuk kepada lisannya seraya bersabda,“Hendaklah engkau mengendalikan ini.” Lalu saya bertanya, “Wahai Nabiyallah, apakah kita akan dihukum dengan apa yang kita bicarakan?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Adakah hal lain yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka pada wajah-wajah mereka atau hidung-hidung mereka selain dari hasil buah lisan mereka?”

HR Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasaa’I, Ibnu Majah. Dishahihkan al-Albani rahimahullah dalam Shahih al-Jaami’: 5136, Shahih at-Targhib wat Tarhib 3/57: 2866










Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun


Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah SWT utnuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah SWT untuk berdakwah kepada penduduknya.

Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata-kata. Nabi Yunus mengingatkan mereka supaya menyembah Allah SWT yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.

Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".

Nabi Yunus berkata "Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah SWT". Berkata Nabi Yunus lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah SWT telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."

Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."

Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka gelisah melihatkan perubahan yang berlaku di tempat tinggal masing-masing.

Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah SWT agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.

Allah SWT Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka Allah SWT pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah SWT yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.

Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya. Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat.

Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.

Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang sedang bergelombang ganas.

Ketika Nabi Yunus sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah SWT mengarahkan seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup-hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan nun dia berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa: "Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Alalh, mahasuci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku."

Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada kedukaan. Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya: "Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."

Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.

Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk sedang menanti kepulangannya. Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk Niwana dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.







Rabu, 23 Februari 2011

Hikmah







Firman ALLAH SWT :

"Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya."
(Q.S An-Nazi'at ayat 34 - 41)


Uqbah bin Amir r.a. berkata: 
"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 'Jika engkau melihat seseorang diberi Allah s.w.t. semua hajatnya padahal ia tetap berbuat maksiat, maka ketahuilah bahawa itu istidraj (dilulu)." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. membaca ayat (yang bermaksud):
"Dan ketika mereka telah melupakan apa yang diajar oleh Allah, Kami bukakan bagi mereka semua pintu kepentingannya sehingga mereka telah gembira dan bangga dengan apa yang mereka dapat. Kami ambil mereka secara mendadak, tiba-tiba mereka melongo (putus harapan)." 

(Surah Al-An'aam ayat 44)


Umar r.a berkata, 
" Tamak itu fakir dan tidak mengharap itu kaya. Sesungguhnya siapa tidak mengharap sesuatu dari seseorang, dia kaya dari mereka." Ditanyakan kepada salah seorang hukama, "Bagaimana kaya itu ?" Dia berkata, "Ialah sedikit keinginannya dan redhamu kepada apa yang mencukupimu."


Kata Ahli Hukama.: 
"Ku lihat orang yang paling gelisah adalah orang yang suka menghasut, yang paling damai, orang yang menerima dan yang paling sabar ialah orang loba. Yang paling terpelihara hidupnya adalah yang meninggalkan dunia serta yang paling besar penyesalannya adalah orang alim yang berbuat dosa."















Kerana Sebiji Epal


Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.



Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.


Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.


Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. 


Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:
“Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”


Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.


Allahu a’lam bisshawab.













5 Syarat Melakukan Maksiat



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Allahu a’lam bisshawab




Tersalah Bersedekah

Suatu ketika, Rasulullah Shalallhu ‘Alaihi Wasallam, seperti yang kerap beliau laku­kan, berbincang-bincang dengan para sahabat di serambi Masjid Nabawi, Madinah. Selepas berbagi sapa dengan me­reka, beliau Shalallhu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada mereka,

“Suatu saat ada seorang pria berkata kepada dirinya sendiri, ‘Malam ini aku akan bersedekah!’ Dan, benar, malam itu juga dia memberikan sedekah kepada seorang perempuan yang tak dikenalnya. Ternyata, perempuan itu seorang pezina. Sehingga, keja­dian itu menjadi perbincangan khalayak ramai. “Akhirnya, kabar tersebut sampai juga kepada pria itu. Mendengar kabar yang demikian, pria itu bergumam, ‘Ya Allah! Segala puji hanya bagi-Mu.Ternyata, sedekahku jatuh ke tangan seorang pezina. Karena itu, aku akan bersedekah lagi!’

“Maka, pria itu kemudian mencari seseorang yang menu­rutnya layak menerima sedekah. Ternyata, penerima sede­kah itu, tanpa diketahuinya, adalah orang kaya. Sehingga, kejadian itu lagi-lagi menjadi perbincangan khalayak ramai, lalu sampai juga kepada pria yang bersedekah itu. “Mendengar kabar yang demikian, pria itu pun bergu­mam,’Ya Allah! Segala puji hanya bagi-Mu. Ternyata, sede­kahku itu jatuh ke tangan orang kaya. Karena itu, aku akan bersedekah lagi!’

"Maka, dia kemudian, dengan cermat, men­cari seseorang yang menurutnya layak menerima sedekah. Ternyata, penerima sedekah yang ketiga, tanpa diketahui­nya, adalah seorang pencuri. Tak lama berselang, kejadian itu menjadi perbincangan khalayak ramai, dan kabar itu sampai kepada pria yang bersedekah itu. Mendengar kabar demikian, pria itu pun mengeluh, ‘Ya Allah! Segala puji ha­nya bagi-Mu! Ya Allah, sedekahku ternyata jatuh ke tangan orang-orang yang tak kuduga: pezina, orang kaya, dan pen­curi!’

“Pria itu kemudian didatangi (malaikat utusan Allah) yang berkata, “Sedekahmu telah diterima Allah. Bisa jadi pezina itu akan berhenti berzina karena menerima sedekah itu. Bisa jadi pula orang kaya itu mendapat pelajaran karena sedekah itu, lalu dia menyedekahkan sebagian rezeki yang dikaru­niakan Allah kepadanya. Dan, bisa jadi pencuri itu berhenti mencuri selepas menerima sedekah itu.”

(Diceritakan kembali dari sebuah hadis yang dituturkan oleh Muslim dari Abu Hurairah dalam Teladan Indah Rasullulah dalam ibadah, Ahmad Rofi ‘Usmani)

Nabi Ibrahim A.S Dengan Orang Majusi



Pernah suatu hari Nabi Ibrahim Alaihissalam menolak seorang tamu yang berkunjung ke rumahnya. Nabi Ibrahim berkata "Aku tidak menerima tamu seperti engkau selagi engkau tidak meninggalkan agamamu dan ajaran orang-orang Majusi". Orang Majusi itu meninggalkan rumah Nabi Ibrahim dengan perasaan dukacita sekali.

Sikap Nabi Ibrahim Alaihissalam tidak disenangi Allah sehingga turunlah wahyu yang bermaksud "Apa kerugianmu jika engkau menerima tamu itu, walaupun dia mengingkari dan mengkafiri Ku. Allah akan menggantikan makanan dan minuman yang engkau berikan kepadanya selama 70 tahun."

Setelah menerima wahyu tersebut Nabi Ibrahim sungguh menyesal di atas tindakannya dan keesokan harinya Nabi Ibrahin Alaihissalam pergi mencari orang Majusi itu dan mempelawanya supaya sudi datang ke rumahnya sekali lagi. Kata orang Majusi itu "Pelik sungguh, semalam engkau mengusirku, tetapi hari ini engkau mengajak aku pergi ke rumahmu". Nabi Ibrahim menceritakan tentang wahyu yang diterimanya setelah menghalau orang Majusi itu.

Orang Majusi itu berkata "Sungguh baik tuhanmu memperlakukan aku sebegini, walaupun aku ini orang kafir". Orang Majusi itu berkata lagi "Hulurlah tanganmu, (sambil berjabat tangan) aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain melainkan Allah dan engakau adalah pesuruh Allah". Semenjak dari itu orang Majusi itu mengikuti ajaran Nabi Ibrahim Alaihissalam.

carilah ILMU..

Nabi Daud a.s berkata : "Ilmu didalam dada bagaikan lampu dalam rumah."


Imam Malik bin Anas r.a berkata :"Bukan yang bernama ilmu itu kepandaian atau banyak meriwayatkan tetapi ilmu itu hanya nur yang diturunkan ALLAH dalam hati manusia. Dan bergunanya ilmu itu untuk mendekatkan manusia kepada ALLAH dan menjauhkannya dari kesombongan diri."


Al-Junaid berkata : " Ilmu itu ialah mengenal Tuhanmu dan tidak melampaui kedudukan dirimu (yakni menyedari kehambaanmu).


Ibnu Mas'ud r.a berkata :
" Hendaklah kamu semua mencari ilmu pegetahuan sebelum ia dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan  ialah dengan matinya orang-orang yang memberikan atau yang mengajarkannya. Seseorang itu tidak akan dilahirkan dalam keadaan pandai, jadi ilmu itu mestilah dicari dengan belajar." 


yang hina...

Surat al Hasan al Bahsri yang ditujukan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz :
"Sesungguhnya dunia itu merupakan negeri perantauan dan bukan negeri yang tetap. Nabi Adam a.s diturunkan dari syurga ke dunia kerana siksaan. Maka takutilah dunia itu wahai Amirul Mukminin !
Sesungguhnya bekalan dunia itu mudah lenyap. Kekayaan dunia itu merupakan kemiskinannya. Dunia itu mempunyai pembunuh. Dunia itu  menghina orang yang memuliakannya, memiskinkan orang yang mengumpulkannya. Dunia itu seperti racun yang diminum oleh orang yang tidak mengenalnya.


Didalamnya ada sesuatu yang mematikannya. Dalam menghadapi dunia itu hendaklah engkau seperti orang yang mengubati lukanya. Ia menjaga yang sedikit kerana takut terhadap yang tidak disukainya pada masa yang panjang. Ia bersabar merasakan pahitnya ubat kerana takut lamanya penyakit. Awas lah akan negeri ini yang menyalahi janji, yang menipu, yang menyesatkan, yang menghiasi dengan tipuannya dan yang membuat fitnah dengan tipu dayanya.


Dunia membuat hal-hal yang ada sekarang menjadi angan-angan belaka dan membuat untuk masa depan dengan perkataan. Dunia ini seperti pengantin perempuan yang datang kepada suaminya. Semua mata memandang kepadanya. Semua jiwa asyik kepadanya lalu ia tertipu dan durhaka serta lupa akan tempat kembali (akhirat).


Kerana hatinya sibuk pada dunia maka tergelincirlah tapak kakinya. Lalu besarlah penyesalannya dan banyaklah kerugiannya. Orang yang gemar pada dunia tidak akan memperoleh apa yang dicarinya. Lalu keluarlah ia tanpa bekalan sebagaimana ia datang tanpa persediaan.


Hati-hatilah terhadap dunia itu wahai Amirul Mukminin !Hendaklah ada diantara engkau itu gembira dengan apa yang ada pada engkau ! Awasilah diri, sesungguhnya teman dunia itu, tiap ia tenang dari dunia kepada kegembiraan, nescaya dunia itu menerbitkannya kepada yang tidak disukai. Yang suka pada orang , dunia itu tertipu. Yang bermanfaat pada dunia itu, menipu yang mendatangkan melarat.


Sesungguhnya sampailah kelapangan  dari dunia itu dengan bencana. Dan yang kekal dari dunia itu mendatangkan kehancuran. Kegembiraan dunia itu bercampur aduk dengan kesedihan. Tiada kembalinya daripadanya apa yang berpaling dan yang membelakanginya. Dan tidak diketahui apa yang akan datang lalu ditunggunya. Cita-cita dunia itu dusta dan angan-angannya itu kosong belaka.
Kejernihannya itu keruh. Dan kehidupannya itu susah. dunia berbahaya bagi manusia kalau ia berakal dan memperhatikan. Maka ia petik hikmah dari bahaya dan dari bencana itu atas ketakutan. Maka jikalau Khaliq tidak memberitakan  tentang dunia dan tidak membuat suatu contoh perumpamaan  bagi dunia dan nescaya dunia itu telah membangunkan orang tidur dan memperingatkan orang yang lalai.


Bagaimanakah boleh demikian ? Sesungguhnya telah datang dalam dunia dari Allah seorang pemberi pengajaran. Maka tiadalah dunia itu mempunyai nilai pada sisi Allah  Yang Maha Agung pujianNya. Dan ia tiadalah memandang dari dunia itu semenjak dijadikanNya. Dan sudah ditunjukkan dunia, kunci-kunci dan gudang-gudang kepada Nabi s.a.w. Lalu Nabi s.a.w tidak mahu menerimanya. Kerana Baginda tidak suka menyalahi perintah ALLAH SWT atau suka kepada yang dibenci oleh Khaliqnya atau meninggikan yang telah direndahkan oleh pemiliknya. 


Ia disingkirkan dunia itu dari orang-orang  soleh sebagai ujian. Ia bentangkan dunia itu bagi mush-musuhNya sebagai tipuan. Lalu disangka oleh orang yang tertipu dengan dunia dan yang menguasai dunia bahawa ia memperoleh kemuliaan dengan dunia itu. Dan ia lupa apa yang diperbuat oleh ALLAH SWT. dengan Nabi Muhammad SAW ketika ia mengangkat batu atas perutnya.


".....hanya kerana aku bukan 'siapa-siapa' maka aku diperlaku seperti 'tiada'...hanya kerana aku tak punya 'apa-apa' maka aku dicemuh hina..... aku hanya lakukan apa yang telah KHALIQ rencanakan pada hambaNYA.."

dengannya aku setia...

"Jika kau bertanya sekuat mana aku bertahan, mampukah kau memberi kemaafan pada seorang yang pernah mencurangimu ? Mampukah kau melupakan saat2 dirimu di hina dikeji kerana kebenciannya melihat dirimu diwaktu dia memuja yang lain ? Mampukah kau bersabar dengan segala cemuhan dan umpatan orang lain tentang mahligaimu yang hampir menyembah bumi ? Mampukah ? ... Aku berkata kerana telah pun aku lalui semua situasi itu...."


" Jadikanlah "SABAR" itu tali ikatan perkahwinan mu, bersedialah untuk saling memaafkan bila ada percanggahan, ingatkan selalu di dalam fikiran, 'si SETAN' sedang menuang minyak membakar perasaan.."

Selasa, 22 Februari 2011

Taubat Seorang Hamba



Dari Saidina Anas r.a :

"Pada suatu hari kami melihat Rasulullah s.a.w sedang duduk, kemudian beliau tertawa gembira. Maka Saidina Umar r.a bertanya: "Mengapa Rasulullah s.a.w tertawa ? Jawab Rasulullah : "Ada dua orang umatku menghitung-hitung haknya, yang seorang berkata: "Ya Allah ! Berikanlah kepadaku hak yang dizalimi oleh saudaraku ini." Maka Allah S.W.T berfirman : "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu." Yang seorang lagi menjawab: " Ya Rabbi ! Kebaikanku telah habis maka tidak ada apa lagi untuk aku bayar kepada saudaraku ini." " Oleh itu, kamu kena tanggung segala dosaku sebagai ganti."

Sambil menitiskan airmata, Rasulullah SAW meneruskan ceritanya. Kemudian AllahSWT berfirman : " Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga." Setelah melihatnya, orang yang menuntut tadi berkata :" Ya Rabbi ! Aku telah melihat kota-kota yang berlantaikan perak, gedung-gedung indah yang diperbuat dari emas dan bertatahkan ratna yang indah. Apakan semua itu untuk Nabi atau untuk mereka yang mati syahid ?"

Allah berfirman : " Engkau juga dapat menikmatinya dengan mengampuni saudara yang telah menzalimi kamu itu." Jawab si penuntut  : " Jika demikian sekarang juga saya memaafkan dia, Ya Rabbi." Allah  SWT berfirman lagi : " Pimpin lah tangannya dan masuk lah kalian  ke dalam syurga." Kemudian Rasulullah SAW bersabda : " Bertaqwalah kemudian tulus lah di antara kamu kerana Allah menyukai ketulusan dan keikhlasan di antara kaum mukminin."

Muhasabah Cinta


Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai anak, sukakah saya ajarkan kepadamu beberapa kalimat semoga Allah s.w.t. memberi manfaat bagimu?" Jawab Ibn Abbas r.a.: "Baiklah, ya Rasulullah." 


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jagalah perintah Allah s.w.t. nescaya Allah s.w.t. menjaga kepadamu, dan jagalah laranganAllah s.w.t. kerana Allah s.w.t. selalu dihadapanmu, mendekatlah kepada Allah s.w.t. diwaktu ringan senang, nescaya Allah s.w.t. menolongmu diwaktu kesukaran. Jika engkau minta maka mintalah kepada Allah s.w.t.dan jika minta tolong, minta tolonglah kepada Allah s.w.t. 


Telah kering apa yang tertulis oleh kalam dalam Lauh Mahfudh tentang apa yang akan terjadi hingga hari kiamat. Maka kalau umpama makhluk semuanya akan berbuat sesuatu yang berguna bagimu yang tidak ditakdirkan Allah s.w.t. bagimu, mereka tidak dapat berbuat itu. Demikian pula jika mereka berusaha akan mengganggu engkau dengan sesuatu yang tidak ditakdirkanAllah s.w.t. atasmu, tidak dapat mereka berbuat itu. 


Beramallah kepada Allah s.w.t. dengan syukuran yakin dan ketahuilah bahawa sabar menghadapi sesuatu yang tidak menyenangkan itu sangat baik. Dan kemenangan itu berserta kesabaran dan kelapangan itu disamping kesukaran dan bahawasanya tiap-tiap kesukaran pasti akan ada kelapangan dan keringanan."

pandu sendiri..

Hamdun bin Ahmad bin Umarah Alqashshar ketika ditanya:
"Mengapakah kata-kata orang dahulu jauh lebih berguna dari ajaran kita ini ? Jawabnya :" Kerana mereka berbicara untuk kemuliaan Islam dan keselamatan jiwa dan untuk mendapat keredhaan ALLAH. Sedang kami berbicara untuk kemuliaan diri dan mencari dunia dan keredhaan makhluknya."

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Siapa yang niatnya keakhirat maka Allah s.w.t. akan menghimpun baginya semuanya dan dijadikan kaya hati dan datang kepadanya dunia merendah diri. Dan siapa yang niatnya dunia maka Allah s.w.t. akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinannya selalu membayang diruang matanya dan tidak akan datang kepadanya dunia kecuali yang ditentukan baginya."

Muhammad bin Aslam r.a berkata:
"Ada kepentingan apakah saya pada manusia padahal sejak saya dalam punggung ayah seorang diri, lalu didalam perut ibu juga seorang diri, dan keluar  ke dunia juga seorang diri, hingga mati dan masuk ke kubur juga seorang diri, dan menghadapi persoalan alam kubur sampai kemudian menghadap di hadapan ALLAH dan masuk syurga atau neraka juga seorang diri maka apakah keperluan saya dengan manusia ? "

Sahl bin abdullah ketika ditanya oleh murid-muridnya :
"Bagaimanakah mengenal waliyullah ? Jawabnya : " ALLAH tidak memperkenalkan mereka kecuali kepada orang-orang yang serupa dengan mereka atau kepada orang yang bakal mendapat manfaat dari mereka. Sebab apabila didedahkan sehingga mudah dikenal orang  maka timbul kewajipan bagi siapa yang sudah mengenal pada wali itu harus percaya dan tidak boleh menentang , mengingkari mereka sebab menentang langsung  bererti kekafiran kerana itu rahmat kebijaksanaan ALLAH telah menetapkan para wali itu dengan hijab basyariah (kebiasaan manusia)."

Rasulullah S.A.W Dan Pengemis Buta


Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha. Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri.", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?, Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

KISAH NABI AYUB A.S


Nabi Ayub as adalah cicit Ibrahim. Ia anak Ish, putra Ishaq. Sedangkan ibunya adalah putri Luth. Besar kemungkinan ia salah seorang dari dua putri yang ditawarkan Luth kepada masyarakat Sodom untuk dinikahi.
Hal yang ditolak oleh para penganut praktek homoseksual itu. Ayub tumbuh di Syam (Syria) dari keluarga kaya raya. Ia mewarisi seluruh kekayaan itu. Setelah dewasa, ia menikahi cucu Yusuf, yakni Rahmah — anak Afrayim. Keluarga Ayub kemudian dikenal masyarakat Hauran dan Tih sebagai keluarga dermawan yang tiada tara.
Ketaatan dan kedermawanan itulah yang menggoda iblis untuk menguji Ayub. Allah pun menantang iblis sekiranya ia sanggup meruntuhkan iman Ayub. Masa ujian itu tiba. Mula-mula rumah dan seluruh kekayaan Ayub terbakar. Ayub tidak surut dalam pengabdiannya pada Allah.
Kemudian seluruh anak-anaknya tewas setelah rumah mereka ambruk. Namun Ayub tetap sabar. Setelah itu, Ayub terserang penyakit kulit yang membuatnya diasingkan masyarakat sekitar. Itupun tidak menggoyahkan hati Ayub. Dua orang istri Ayub minta cerai. Ayub pun menceraikannya.
Hanya Rahmah yang bersumpah setia untuk menemani Ayub hingga akhir hayat. Rahmah yang menggendong Ayub keluar desa begitu mereka diusir masyarakat setempat. Dia terus melayani keperluan Ayub, mencukupi kebutuhannya, bahkan menjual gelung rambut untuk keperluan makan. Masa itu, menjual gelung rambut adalah perbuatan yang dianggap hina. Delapan puluh tahun berlalu dalam cobaan itu.
Ayub tetap merasa belum pantas untuk meminta kesembuhan dari Allah. Ia menganggap beban cobaan itu belum sebading dengan kesenangan yang pernah dinikmatinya.
Namun Rahmah terus meyakinkan Ayub agar berdoa. Allah kemudian berfirman agar Ayub menjejakkan kakinya ke tanah.
Air pun menyembul dari bekas jejakan kaki itu yang dipakainya untuk mandi dan minum. Ayub mendapatkan kesembuhan melalui air itu.
Kisah Ayub dan Rahmah adalah potret ketabahan keluarga rasul dalam menerima cobaan. Mereka menunjukkan bahwa iman adalah segalanya, lebih dari sekadar harta, keluarga maupun pengakuan manusia.
Semoga membaca kisah Nabi Ayub as ini, membuat kita tambah meyakini dengan agama kita ini dan semoga teladan yang telah disampaikan bisa menjadi contoh bagi kita terutama dalam menjalani kehidupan yang semuanya hanya bersifat sementara di bumi ini.

KISAH NABI MUSA A.S

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali Dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada Nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah . “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk disitu Beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam Beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa.Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian Dia keluar sambil membawa seekor bab* Betina yang besar. Bab* itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini,” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Bab* itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu bab* itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor bab* Jantan yang lebih besar. Bab* itu juga dimandikan dan dibersihkan,kemudian dilap hingga kering serta dipeluk cium dengan penuh kasih sayang. Bab* itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.

Selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”

“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis mengapa kamu memelihara bab*?” Kita tidak boleh berbuat begitu,”Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba.”kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua bab* itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi bab* yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang Tuan Hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi bab*,aku tetap melaksanakan tugas aku,”sambungnya. 

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi,”tambah pemuda itu lagi

Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa bab* pun dia masih berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan makamnya sebagai anak yang soleh disisi Kami”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud: “Oleh kerana dia berada di makam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan dalam neraka . Kami pindah ke duanya ke dalam syurga."

Isnin, 21 Februari 2011

lebih baik diam..




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
(Q.S Al- Hujurat :12)

Dari Jabir dan Abi Said mereka berkata : "Telah bersabda Rasulullah SAW : "Takutlah akan ghibah, sesungguhnya ghibah lebih berat dari zina.Seorang lelaki yang berzina lalu bertaubat maka ALLAH menerima taubatnya. Sedang ALLAH tidak mengampuni orang yang ghibah sebelum orang yang dighibah itu memaafkannya."

Abul Laits berkata: "Taqwa kepada Allah s.w.t. ialah mengerjakan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya, maka siapa berbuat demikian bererti telah menghimpunkan semua kebaikan. Dan jagalah lidahmu dalam kebaikan bererti katakanlah yang baik sehingga untung dan diamlah dari kejahatan sehingga selamat. Dan manusia tidak dapat mengalahkan syaitan laknatullah kecuali dengan diam, kerana itu seharusnya seorang muslim menjaga lidahnya sehingga terlindung dari syaitan laknatullah. Dan Allah s.w.t. akan menutup auratnya."

Seorang cendikiawan (Haliem) berkata: "Enam macam menunjukkan kebodohan iaitu:
  • Marah tidak pada tempatnya, seperti marah pada seseorang, binatang atau lain-lainnya 
  • Bicara yang tidak berguna kerana itu seharusnya seorang yang berakal tidak bicara kecuali jika penting dan berguna
  • Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti memboros harta atau memberi kepada orang yang tidak akan berguna baginya 
  • Membuka rahsia pada semua orang 
  • Tidak membezakan antara kawan dengan lawan kerana itu harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. 
  • Kawan untuk ditaati dan musuh untuk diawasi dan musuh yang utama ialah syaitan laknatullah, yang benar-benar harus dijauhinya.
  Seorang pujangga berkata :
"Ilmu itu perhiasan dan diam itu keselamatan, maka bila engkau berkata-kata maka jangan banyak-banyak. Jika engkau menyesal kerana diam satu kali, maka sungguh engkau akan menyesal kerana bicara berulang kali."

    jagalah persaudaraan..

    Abban dari Anas r.a. berkata: "Ada seorang pemuda bernama Alqomah dimasa Rasulullah s.a.w. Pemuda ini rajin ibadat dan banyak sedekah, tiba-tiba ia sakit dan sangat berat sakitnya, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah s.a.w. dan menyatakan bahawa suaminya sakit keras didalam keadaan nazak sakaratal maut dan saya ingin menerangkan kepadamu keadaannya. Maka Rasulullah s.a.w.menyuruh Bilal, Ali, Salman dan Ammar r.a. supaya pergi ketempat Alqomah dan memperhatikan bagaimana keadaannya dan ketika telah sampai kerumah Alqomah mereka langsung masuk kepada Alqomah dan menuntunnya supaya membaca: Laa ilaha illallah, tetapi lidah Alqomah bagaikan terkunci, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah itu, ketika para sahabat itu merasa bahawa Alqomah pasti akan mati, mereka menyuruh Bilal supaya pergi memberutahu hal itu kepada Rasulullah s.a.w.

    Rasulullah s.a.w. langsung bertanya: "Apakah ia masih mempunyai ibu dan ayah?" Jawabnya: "Ayahnya telah meninggal, sedang ibunya masih hidup tetapi terlalu tua." Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Bilal: "Ya Bilal, pergilah kepada ibu Alqomah dan sampaikan kepadanya salamku, dan katakan kepadanya: JIka kau dapat berjalan pergi kepada Rasulullah s.a.w., dan jika tidak dapat maka Rasulullah s.a.w. akan datang kesini." Jawab ibu Alqomah: "Sayalah yang lebih layak pergi kepada Rasulullah s.a.w. Lalu ia mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk kerumah Rasulullah s.a.w. dan sesudah memberi salam ia duduk didepan Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. bertanya: "Beritakan yang benar-benar kepadaku, jika kau dusta kepada ku nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku, bagaimanakah keadaan Alqomah?" Jawab ibu Alqomah: "Alqomah rajin ibadat sembahyang, puasa dan sedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui berapa banyaknya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?" Jawab ibu Alqomah: "Saya murka kepadanya." Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa?" Jawab ibu Alqomah: "Kerana ia mengutamakan isterinya lebih daripadaku dan menurut isterinya kepadaku dan menentangku."

    Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: ""Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah." Kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqomah dengan api itu. Ibu Alqomah bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w., puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api didepanku? bagaimana akan dapat menerima hatiku?" Rasulullah s.a.w. bersabda: " "Hai ibu Alqomah, siksaan Allah s.w.t. lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin Allah s.w.t. mengampunkan dosanya, maka relakan ia (kau harus ridho padanya), demi Allah s.w.t. yang jiwaku ada ditanganNya tidak akan berguna sembahyang, sedekahnya selama engkau murka kepadanya." Lalu ibu Alqomah mengangkat kedua tangan dan berkata: "Ya Rasulullah, saya mempersaksikan kepada Allah s.w.t. dilangit dan kau ya Rasulullah, dan siapa yang hadir ditempat ini bahawa saya telah ridho kepadanya."

    Maka langsung Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal pergi melihat hal keadaan Alqomah, apakah sudah mengucap Laa ilaha illallah atau tidak, khuatir kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu hanya kerana malu pada Rasulullah s.a.w. dan tidak pada hatinya. Apabila Bilal sampai dipintu rumah Alqomah tiba-tiba terdengat suara Alqomah membaca Laa ilaha illallah. Lalu Bilal masuk dan berkata: "Hai orang-orang, sesungguhnya murka ibu Alqomah itu yang menutup lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah dan ridhonya kini melepaskan lidahnya, maka matilah Alqomah pada hari ini." Maka datanglah Rasulullah s.a.w.dan menyuruh supaya segera dimandikan dan dikafankan, lalu disembahyangkan oleh Rasulullah s.a.w. Dan sesudah dikuburkan Rasulullah s.a.w. berdiri diatas tepi kubur sambil berkata: "Hai sahabat Muhajir dan Anshar, siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia terkena kutukan (laknat) Allah s.w.t. dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya."


    Al Hassan Al Bashri berkata:
    "Jika manusia telah menonjolkan ilmunya, dan mengabaikan amal perbuatannya dan kasih sayang dengan lidah sedang dalam hati mereka penuh dengan rasa benci dan memutuskan hubungan keluarga maka mereka akan dikutuk(dilaknat) oleh ALLAH maka dipekakkan dan dibutakan mata hati mereka."

    tetangga yang baik..



    Allah Ta'ala berfirman yang artinya,

    "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orangtua, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri"

    (QS. An Nisaa' : 36).

    Al-Hassan Al-Bashri berkata :
    "Bukan yang bernama baik dalam ketetanggan itu tidak mengganggu tetapi baik dalam ketetanggaan itu ialah sabar atas gangguan tetangga."

    Abul-Laits Assamarqandi berkata :
    "Seharusnya seorang muslim sabar terhadap gangguan tetangganya dan tidak mengganggu tetangganya sehingga tetangganya merasa aman dari lidahnya, tangannya dan auratnyam adapun aman dari lidahnya maka tidak mengganggu atau membicarakannya yang tidak baik, ada pun aman dari tangannya, maka sekiranya kelupaan tidak mengunci rumahnya maka tetangganya itu tidak curiga daripadanya, ada pun auratnya maka sekiranya ia pergi lalu mendapat berita bahawa tetangganya  masuk ke rumahnya ia merasa aman."

    Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan Al-Bashri berkata Rasulullah s.a.w. bertanya:
     "Apakah hak tetangganya?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Jika hutang kau hutangi, jika mengundang kau datang, jika sakit kau ziarahi, jika minta tolong kau tolong, jika tertimpa bala kau hibur, jika mendapat keuntungan kesenangan kau beri selamat, jika mati kau hantar jenazahnya, jika pergi kau jagakan rumah dan anak-anaknya dan jangan kau menggangunya dengan bau masakanmu kecuali jika memberikan hidayah dari masakan itu kepadanya." Dilain riwayat ada tambahan iaitu: "Dan jangan meninggalkan bangunan atas bagunannya kecuali dengan kerelaan hatinya."

    Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
    "Demi Allah, tidak Islam seorang hamba sehingga selamat semua orang dari gangguan hati, lidah dan tangannya dan tidak beriman seorang hamba sehingga aman tetangganya dari gangguannya. Sahabat bertanya: "Apakah gangguan-gangguan itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Tipuan dan aniaya."

    sekadarnya......


    Abu Bakar bin Abdullah Al-Muzani berkata:
    "Ada tiga orang yang selalu dicintai ALLAH SWT:

    • Seorang lelaki yang sedikit tidurnya
    • orang yang sedikit makannya
    • dan orang yang sedikit istirehatnya."
    Ibrahim bin Adham r.a berkata :
    "Seorang tidak akan mencapai darjat orang salihin sehingga melalui enam rintangan :
    1. Menutup pintu kemuliaan membuka pintu kehinaan
    2. Menutup pintu nikmat membuka pintu kesukaran
    3. Menutup pintu istirehat membuka pintu perjuangan
    4. Menutup pintu tidur membuka pintu jaga
    5. Menutup pintu kekayaan membuka pintu kemiskinan
    6. Menutup pintu harapan membuka pintu menghadapi maut. 

    Abu Bakar Al-Waraaq AlHakiem berkata :
    "Andaikan sifat TAMAK itu dapat ditanyai : Siapakah ayahmu ? Pasti jawabnya : Ragu terhadap takdir ALLAH. Dan bila ditanya : Apakah pekerjaanmu ? Jawabnya : Merendahkan diri. Dan bila ditanya : Apakah tujuanmu ? Jawabnya. Tidak dapat apa-apa."

    hikmah ilmu..

    Al-Hasan r.a berkata :
    "Seksa bagi seorang alim itu mati hatinya."
    Ketika ditanya : "Bagaimana matinya hati itu ?"
    "Mencari dunia dengan menjual amal akhirat."

    Al Junaid berkata :
    "Ilmu itu ialah mengenal Tuhanmu dan tidak melampaui kedudukan dirimu (menyedari kehambaanmu)."

    "Ilmu yang berguna itu ialah yang menunjukkan engkau kepada ALLAH dan menjauhkan dari menurutkan hawa nafsu syahwatmu."

    "Seorang yang berakal sihat itu ialah menyelidiki segala sesuatu , mencari yang lebih utama untuk dikerjakan dan didahulukan dari lain-lainnya dan selalu mengikuti petunjuk ALLAH dan Rasulullah dalam membezakan apa yang berguna atau mudharat baginya dunia dan akhiratnya."

    menjaga perut..


    Syaqiq Al Balkhi berkata:
    "Ibadah itu adalah sebuah pekerjaan , tokonya adalah berkhalwat dan peralatannya adalah lapar."

    Umar r.a berkata :
    "Hati-hatilah kamu terhadap perut yang penuh makanan kerana sesungguhnya ia adalah hal yang memberatkan  di dalam hidup ini dan merupakan kebusukan setelah mati."

    Abu Sulaiman Ad Darani berkata:
    "Barang siapa yang kenyang masuklah pada dirinya enam macam bahaya :

    • Kehilangan manisan munajat
    • kehalusan memelihara hikmah
    • terhalang rasa kasih sayang terhadap makhluk kerana apabila dia kenyang dia akan menyangka bahawa semua makhluk adalah kenyang seperti dirinya
    • berat mengerjakan ibadah
    • bertambah-tambah keinginan nafsunya
    • dan bahawa semua orang-orang mukmin akan selalu mengelilingi masjid sedangkan orang-orang kenyang itu mengelilingi tempat-tempat sampah
    Ibnu Salim berkata :
    "Barang siapa yang makan roti gandum dengan baik maka tidak pernah terkena penyakit kecuali penyakit kematian." Ditanyakan padanya : " Bagaimana cara yang baik itu ?" Dia menjawab : " Iaitu engkau makan setelah benar-benar lapar dan menghentikan sebelum kenyang."

    nilai sempurna itu..


    Umar bin Al Khaththab r.a berkata:
    "Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu bila engkau ingat selalu pada dosamu, dan kesempurnaan amalmu harus menghindarkan ujub (sombong diri) dan kesempurnaan syukurmu ialah menyedari kekurangan-kekuranganmu."

    Annu'maan bin Basyir r.a berkata : "Bersabda Nabi s.a.w :
    "Siapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit maka tidak akan dapat mensyukuri nikmat yang banyak dan siapa yang yang tidak berterima kasih kepada sesama manusia bererti tidak syukur kepada ALLAH."

    Rasulullah s.a.w bersabda :
    "Siapa yang diberi lalu bersyukur, dan diuji lalu bersabar, dan dianiaya lalu memaafkan dan bila berdosa lalu meminta ampun, merekalah yang pasti mendapatkan kesejahteraan dan mereka lah orang yang mendapat petunjuk hidayat."

    janganlah,jangan..

    Firman ALLAH :
    "Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
    (Q.S Al Hadid : 20)


    Ali bin Abu Talib r.a berkata:
    "Yang sangat saya khuatir kan atas kamu dua macam :

    • Panjang angan-angan 
    • dan menurut kan hawa nafsu 
    kerana panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat dan menurut hawa nafsu itu menghalang dari kebenaran. (hak)

    Al Junaid berkata :
    "Engkau tak kan mencapai hakikat ubudiayah (kehambaan) selama engkau masih diperbudak oleh sesuatu selain ALLAH iaitu harta , isteri ata lain-loainnya."