Rabu, 12 Jun 2013

KERINDUAN RASULULLAH SAW



Sahabat Hikmah...
Dalam sebuah riwayat Rasulullah salallaahu 'alaihi wa sallam mengungkapka kepada para sahabatnya ketika sedang duduk:
"Aku rindu... Aku rindu..."

Dan sahabatpun bertanya, "Kepada siapa engkau rindu ya Rasulullah?,"

"Aku rindu kepada saudara-saudaraku.."

... "Bukankah kami ini saudara-saudaramu? Ya Rasulullah?"

"Kamu sahabat-sahabatku dan Aku mencintai kamu, namun Aku Rindu kepada saudara-saudaraku"

.... Sahabat makin tidak sabar dan bertanya lagi, "Siapa mereka ya Rasulullah yang Engkau panggil mereka dengan sebutan Saudaramu dan Engkau Rindukan itu?"

Rasulullah saw menjawab.. "Mereka adalah ummatku kelak yang belum pernah melihat wajahku, belum pernah bertemu denganku, belum pernah berbincang-bincang denganku tapi mereka merindukanku, mereka melanjutkan perjuanganku dan tak jarang mereka menitiskan airmata kerana menahan rindu padaku, Aku rindu pada mereka dan Aku ingin bertemu dengan mereka.."

Salam bagimu Wahai Rasulullah
Salam bagimu Wahai Kekasih Allah,
Salam bagimu wahai kekasih kami..
Turut bergembira atas kelahiran Manusia Suci yang Kerananya diciptakanya 'Alam semesta beserta isinya.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّدٍ

Allahumma salli alaa saidina Muhammad wa alaa ali wassahbihhi wabaarrik wasallim'.

Ahad, 9 Jun 2013

9 GODAAN SYAITAN yang harus DIWASPADAI



1. Syaitan itu selalu menggoda manusia untuk memikirkan angan-angan indah yang boleh dijangkau panca indera, kerana apa yang diinginkannya adalah agar manusia lalai ber'ibadah.

2. Syaitan itu menggoda manusia agar tidak mau mengakui keterlibatan Allah dalam urusan rezeki sehingga manusia selalu merasakan kesusahan sa'at ia bekerja.

3. Syaitan ingin bahawa ...manusia bekerja dengan hati penuh kesusahan, banyaknya keperluan hidup dan persaingan dalam mencari rezeki.

4. Syaitan memperlihatkan kepada orang keburukan orang lain agar mereka tidak mau saling tolong menolong satu sama lain.

5. Syaitan selalu berusaha memasukkan cadangan negatif ke dalam hati orang beriman agar merasakan kesusahan.

6. Syaitan memperlihatkan banyaknya kepeluan hidup Anda agar Anda selalu merasa kekurangan.

7. Syaitan menanam benih kebencian dalam kesedaran manusia agar satu sama lain saling bermusuhan dalam kehidupan duniawi ini.

8. Sa'at syaitan menguasai kesedaran manusia maka fikiran akan memandang keburukan sebagai kebaikan.

9. Syaitan tidak mengajarkan manusia berfikir dengan benar tapi ia mengajarkannya manusia agar merasa selalu benar.

"Semoga kita selalu dilindungi dari godaan syaitan yang terkutuk."

aamiin ya sami'uddo'a.

Israk

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada / perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan... hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan),


Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

kredit: http://dirihamba.blogspot.com/
Lihat seterusnya..

Mikraj

 
 
 
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bej...ana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Naik langit kedua. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Ketiga: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa’id)
Lihat seterusnya..

Bersikap Baik terhadap Binatang Peliharaan



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sahabat saudaraku fillah....

Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah mengistimewakan manusia dibandingkan dengan binatang. Keistimewaan manusia terletak pada akal dan kemampuan berbicara dengan beragam bahasa.Oleh karena itulah Allah mengutus manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi karena memiliki banyak kelebihan. Namun manusia akan menjadi mulia apabila memiliki akhlak yang baik, di antaranya;


♥˚•° Akhlaq terhadap Allah dengan mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

♥˚•° Akhlaq terhadap sesama manusia dengan memenuhi hak bersaudara dan menghindari permusuhan.

♥˚•° Akhlaq terhadap binatang dan lingkungan semesta dengan memelihara dan tidak menyiksa atau merusak lingkungan agar kelestarian hidup terpelihara.


Saudaraku.... Sesungguhnya Allah menundukkan binatang untuk kemanfaatan manusia. Allah menciptakan ayam , sapi, kambing dan binatang sejenisnya untuk bahan makanan manusia.Namun ada di antara binatang itu yang memiliki sifat jinak, akrab dengan keluarga dan tidak untuk bahan makanan hanya sebagai hewan peliharaan. Seperti kucing, burung dan binatang lain yang akrab dengan kita. Binatang seperti ini tidak berdosa jika kita memeliharanya asalkan tetap memperhatikan hak-haknya seperti makan, minum dan tidak menyakitinya.

“Ada seorang perempuan disiksa oleh Allah karena mengikat kucing sampai mati. Lalu ia masuk neraka akibat menahan kucing itu. Dia tidak memberi makan dan minum ketika menahannya, dan ia juga tidak melepasnya agar dapat memakan sesuatu yang ada di muka bumi.”( HR Bukhari dan Muslim ).

Namun ada binatang yang dilarang oleh Islam untuk memeliharanya yakni anjing, kecuali untuk keperluan berburu atau penjaga keamanan karena anjing mengandung najis berat.

“ Para malaikat yang bertugas membawa rahmat tidak mau masuk rumah yang di dalamnya ada anjing. Barang siapa yang memelihara anjing tanpa ada keperluan ( yang dibenarkan oleh Islam) maka berkuranglah pahala dan kebaikannya setiap hari. “( HR. Bukhari dan Muslim )


Jadi jelaslah saudaraku..bahwa bersikap baik terhadap binatang peliharaan adalah menunjukkan pribadi yang mulia.Oleh karena itu janganlah kita memukul atau menyiksanya atau membiarkan mereka kelaparan. Tanamkanlah dalam hati kita rasa kasih sayang dan kelembutan terhadap mereka.

Saat Lembaraan itu Ku Selak...




Saat lembaran itu aku tatap...
jasad bergetar halus...
Dan saatnya akal mula mencerna makna disebaliknya,
tubuh mengigil penuh rasa...
Ya Rabbi...
betapa jauhnya aku dari-Mu...
sungguh air mata hiba ini,
tak akan pernah mampu membasuh kejahilan disetiap inci jasadku...

Ya Rabbi...
Di sini...
Tika ini...
Saat ini...
Aku...
yang dulunya tegak berdiri dibumi-Mu,
kini beku penuh pilu...
Tak mampu ku dongak ke langit-Mu Ya Tuhan...
betapa aku malu pada-Mu Ya Illahi...
tak terucap dengan getar yang hebat menikam seluruh jasadku kini...

Pada impian dongengan duniawi...
hati mendamba keagungan palsu yang dijulang megah...
Dada tersemat penuh dengan cita yang ditabik hormat...
Lantas diri sibuk mengejar 'ilmu duniawi'...
Seakan ianya bekalan ke sana nanti...

Saatnya jemari menyelak lembaran ini...
tubir mata terpaku penuh bergenang...
bibirku bergetar halus...
Allah hu Ya Rabbi...
Seakan aku tenat sendirian...

Pada hari-hariku...
akal tak henti merencana hal duniawi...
Pada nafasku...
hati tak henti menagih kasih yang tak pasti...
Pada bicaraku...
tuturnya tak pernah lekang dari bicara 'cinta'...

Saatnya lembaran ini ku selak lagi...
Nafas seakan terhenti...
air mata ini tak mampu lagi ku seka...
Hiba yang mengasak sendu,
tak mampu lagi ku pujuk pilu...
Ya Tuhan...
Di setiap tatih, langkah dan jejakku...
Di setiap hela nafas dan tutur bicaraku...
tak lepas dari hal duniawi...
jarang sekali menekur hiba dosa yang terlakar...
jauh sekali berdiam diri merenungi kebesaraanmu...
sibuk sekali untuk bermunajaat disepertiga malammu...
sungguh deras arus dunia menghanyutkan yang terleka...
dan aku tumpas pada keindahan fatarmogana pinjaman-Mu Ya Rabbi...

Maafkan diri hina ini Ya Rabbi...
Pada tuntunan langkah yang seringkali rapuh,
saat tiupan angin palsu dunia menyapa...
sungguh aku berharap kesederhanaan itu milik aku...
Pada megah hiasan yang mengaut beribu pujian manis,
sungguh aku hanya berharap kerendahan dan syukur itu tersemat indah didadaku...
Pada kecanggihan ciptaan yang menjadi kaguman,
sungguh aku hanya berharap menjadi si kafir yang sentiasa mensyukuri nikmat-Mu...

Ya Rabbi...
Hati ini bimbang...
takut sekali...
andai rasa yang menyapa ini hilang bersama deruan angin-Mu...
pergi...tanpa meninggalkan debu...
seolah takkan menyapa lagi walau untuk sedetik...

"Sesungguhnya akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Dan pada
masa itu, seorang pendusta dipercayai, sedang orang yang jujur didustakan. Seorang pengkhianat
dipercayai, sedang orang yang boleh dipercayai dikhianati. Dan pada ketika itu, orang
yang mengigau bercakap, "Apakah maksud orang yang mengigau itu?" Rasulullah s.a.w menjawab,
"Seseorang yang bodoh bercakap tentang urusan masyarakat awam." H.r Ahmad & Ibn Majah.

"Ya Muqollibal Qulub, Thabbit qalbi 'ala dinik wa 'ala to'atik" (Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami pada agama-Mu dan pada ketaatan pada perintah-Mu) "Robbana La Tuzigh Qulubana Ba'da Iz Hadaitana Wa Hablana Min Ladunka Rahmah Innaka Ant al- Wahhab" ( Ya Allah jangan Kau pesongkan hati kami sesudah Kau beri Petunjuk)

Moga pintu kemaafan-Mu...
sentiasa lapang buat kami...


Moga lembaran "Dahsyatnya Peristiwa Menjelangnya KIAMAT" ini bisa
merawat hati-hati yang lumpuh...
hati-hati yang buta...
hati-hati yang alpa...
hati-hati yang bingung...
kembali pada jalanan-Nya...

~...Jalanan taubat itu manis umpama kurma...
namun kan tiba masanya ia menjadi busuk dan masam,
dek terlalu lama terbiar sepi tanpa sebarang ikhtiar...~

Dazz
011211

Harga Diri Manusia



Sahabat Hikmah.......

Setiap orang mempunyai harga diri yang menggambarkan nilai seseorang...Dan setiap orang menilai dirinya sesuai dengan pemahamannya tentang HARGA buat DIRINYA...Ada yang harga dirinya disandarkan dengan keturunan, rupa, ilmu, harta, tahta atau kedudukan....

Lalu harga diri seseorang dilihat oleh Allah dari apanya...?Ilmunya...? Hartanya...? Umurnya...? Pengalaman perjalanannya...?
 
Meskipun tahu segala ilmu...kita tetap saja BODOH selama belum mengenal Yang Maha Mengetahui.
 
Meskipun memiliki harta sepenuh bumi...kita tetap saja MISKIN selama hati belum merasa kaya dengan Yang Maha Memiliki.
 
Meski rambut sudah memutih...kita tetap ANAK-ANAK selama kita belum dewasa menyikapi kehidupan..
 
Meski sudah berhasil mendatangi berbagai tempat di penjuru dunia...kita sebenarnya BELUM PERGI KEMANA-MANA kalau ruhaniah kita belum bisa mendatangi hadirat suci Allah Ta’ala.

Dan yang menentukan harga diri kita di hadapan Allah adalah HATI kita,Dari sekian banyak alasan mengapa kita harus memperhatikan kehidupan HATI dan JIWA ini, di antaranya, yaitu:

1. KUALITAS HATI menentukan KESELAMATAN di akhirat" Hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang yang menghadap Allah dengan HATI YANG SELAMAT” (QS. 26:88-89)Hari ini, harta dan anak sangat besar pengaruhnya. Dengan harta orang bisa melakukan apa saja, karena itu tidak sedikit orang yang mau melakukan apa saja demi mendapatkan harta. Anak adalah investasi bagi orang tua. Tetapi, semua itu tidak langgeng.Kematian akan membuat kita meninggalkan apa pun yang kita miliki dan apa pun yang kita cintai. Keselamatan kita tergantung apa yang selama ini kita himpun dan simpan dalam perbendaharaan HATI...

HATI yang SELAMAT adalah yang terbebas dari SYIRIK dan bersih dari sifat-sifat tercela...


2. KUALITAS HATI adalah HARGA seseorang di hadapan Allah swtSeekor sapi ditakar harganya dengan berat dagingnya.Seekor perkutut dapat mengalahkan harga sapi bukan karena beratnya daging tetapi karena keindahan suara.Sebutir merah delima yang hanya beberapa gram saja dapat melampau harga sapi dan perkutut karena keindahan warnanya.

Berapa harga kita di hadapan Allah?Daging dan tulang tubuh kita akan habis dimakan tanah.Harta akan kita tinggalkan atau meninggalkan kita.Semua yang SIRNA tidak dapat dijadikan takaran bagi yang sesuatu ABADI.Kita tidak ditakar dari kegantengan, kecantikan dan kekayaan, kita ditakar dari keadaan HATI dan AMAL-AMAL kita.

Sabda Nabi saw:“ Sesungguhnya Allah TIDAK MELIHAT RUPA dan HARTA kalian, tetapi Ia MELIHAT HATI dan AMAL kalian.” (HR.Muslim dari Abu Hurairah ra)

Tidak ada seorang pun yang berselera membeli BANGKAI meskipun dengan harga rendah. Demikian juga dengan HATI yang MATI, tidak ada nilainya sama sekali dihadapan Allah Ta’ala.Meskipun jasad hidup, kita tetap saja disebut MAYAT selama HATI tidak DAWAM (KONTINYU) MENGINGAT Allah. Bersabda Nabi saw:“ Perumpamaan orang yang INGAT pada Tuhannya dan yang TIDAK INGAT pada Tuhannya seperti perumpamaan orang HIDUP dan orang MATI.” (HR. Bukhari dari Abu Musa ra)

3. HATI yang BERSIH dapat MEMBEDAKAN kebajikan (al-birr) dan dosa (al-itsm)Setiap orang memiliki CERMIN DI DALAM DIRI.Itulah HATI NURANI.PERKATAAN hati nurani adalah KEJUJURAN.ANJURANNYA adalah KEBAIKAN.KECENDERUNGANNYA adalah pada KEBENARAN.SIFATNYA adalah KASIH SAYANG.Ia akan TENAG bila kita berbuat BAIK dan GELISAH bila kita berbuat DOSA.Bila ia BERSIH dan SEHAT maka ia akan menjadi JURU BICARA Tuhan di dalam diri kita.Bila ia BENING dan BERKILAT maka ia akan MENANGKAP wajah Tuhan.
 
Hanya sayangnya kita sering MENCAMPAKKAN nurani kita sendiri bahkan MEMBUNUHNYA dengan perilaku-perilaku kita.
 
Seorang sahabat Nabi saw yang bernama Wabishah ra datang dengan menyimpan pertanyaan di dalam hatinya tentang bagaimanakah cara membedakan antara kebajikan dan dosa. Sebelum Wabishah bertanya, cermin hati Nabi saw telah menangkap isi hatinya.
 
" Wahai Wabishah, mau aku jawab langsung atau engkau utarakan pertanyaanmu terlebih dahulu?"Wabishah menjawab," Jawab langsung saja, wahai Rasulullah."
 
Beliau bersabda," Engkau datang untuk bertanya bagaimana membedakan antara kebajikan dan dosa."Wabishah berkata," Benar."
 

Beliau saw merapatkan jari-jarinya dan menempelkannya pada dada Wabishah, seraya bersabda,“ Mintalah PENDAPAT pada HATIMU dan mintalah PENDAPAT PADA JIWAMU, mintalah PENDAPAT pada HATIMU dan mintalah PENDAPAT PADA JIWAMU, wahai Wabishah.Sesuatu itu adalah KEBAIKAN bila ia membuat HATI TENTERAM, membuat JIWA TENTERAM, sedangkan DOSA membuat KEGELISAHAN dalam HATI dan KEGONCANGAN dalam DADA.(Mintalah PENDAPAT pada HATIMU dan mintalah PENDAPAT PADA JIWAMU), meskipun orang-orang telah memberikan pendapat mereka kepadamu tentang hal itu.” ( HR.al-Darimi dari Wabishah ra )

Demikian, semoga kita dapat memlihara hati kita agar bisa mengarungi kehidupan dengan selamat dan selamat mengahadap Allah swt.
 

Wassalam