Khamis, 12 Julai 2012

Yang BIASA dan LUAR BIASA



1. SOLAT

Yang BIASA

Ramai dari kita yang solat. Yang biasa, kita solat apabila telah masuk waktu.

Yang kerap berlaku juga, solat kita di akhir waktu.

Mungkin pepatah orang putih "better late than never" menjadi pegangan kita.

Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

LUAR BIASA

Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk solat.

Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya.

15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sejadah.

Kalau begitu, sahihlah dia orang luarbiasa .

2. SEDEKAH

BIASA

Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu.

Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya, kita bercerita pada orang.

Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh ALLAH

LUARBIASA

Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi.

Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu.

Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang.

Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau takjub dengan diri sendiri.

Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah, akan turun rahmat serta ampunan ALLAH.

3. BERJAGA MALAM

BIASA

Kita biasa berjaga malam.

Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, Liga Perdana Inggeris atau melayan VCD terbaru.

Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

LUARBIASA

Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan.

Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan menghisab diri.

Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang ALLAH, Pencipta kita.

Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya.

Ini malam para nabi dan para wali.

Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.

4. KERJA

BIASA

Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja.

Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah.

Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal.

Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya.

Walaupun kita ucapkan Alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, ALLAH punya kuasa.

LUARBIASA

Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari ALLAH.

Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin ALLAH.

Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan.

Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada ALLAH sehingga tersilap menggunakan nikmat dari-Nya.

Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan ALLAH .

Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Adakah kita dikategorikan dalam golongan BIASA atau LUARBIASA?

TERPULANGLAH kepada anda samada anda ingin menjadi manusia yang BIASA ataupun LUAR BIASA

Anda sendiri tentukan......

JANGAN TIDUR LEPAS SUBUH!!!


TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

Cuba periksa diri kita, mana satu menjadi amalan seharian :

1. Bangun subuh lewat

2. Tidur selepas subuh

3. Melewatkan waktu subuh

4. Ala kadar je bangun subuh

5. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah?

Di waktu zaman berhingus dulu?

Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat.

Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh.

Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini?

Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke"subuh"an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

"Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti"

"Anak dara tak manis tidur banyak.

Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"

JIKA MAHU BERMUHASABAH

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi,

"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi."

Untuk itu, para fuqaha' meMAKRUHkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis sohih mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :

"Dimakruhkan tidurmu - wahai mukallaf - selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAQAL".

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?

Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".

Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini?

Nak ke suami yang sebegini?

Masing-masing menggeleng tersengih sendirian.

Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah.

Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar.

Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

"Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing)

dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
- Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya.

Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar.

Mak mertua pun tak bising lagi.

"Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut."

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini "kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'."

Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.

Ibnul Qayyim pernah berkata,"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua.

Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU.

Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN.

Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul.

Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan.

Dan hanya syaitan yang suka pembaziran.

Masa itu ibadah.

Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai,

sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari."
(Diriwayatkan al-Baihaqi)

RAHSIA YANG MANUSIA TIDAK TAHU


Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah…

1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik... ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga.

Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka.

3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia.

Banyak perkara yang akan dirosakkannya.

4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya.

Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya.

Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu DUIT dan HARTA

Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.

8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain.

Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini.

Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu banyak.

9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang.

Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang.

Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri.

Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.

10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.

11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya.

Iaitu dengan iman dan taqwa.

Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga.

Semua manusia bermaruah dan bersifat malu.

Setiap orang akan mengutamakan orang lain.

Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.

12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.

13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu.

Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak.

Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan.

Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam.

Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati.

Risikonya dia juga ikut sama menanggung.

Bila seseorang itu sombong, orang benci.

Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati.

Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan.

Bolehlah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.

PAGAR SYURGA DAN NERAKA


Daripada Abu Hurairah r.a,
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ketika Allah telah menciptakan syurga, Allah berfirman kepada Jibril:

Pergilah, lalu lihatlah syurga itu

Malaikat pun pergi dan melihat kepadanya, kemudian ia datang dan berkata:

"Wahai tuhanku, demi kePerkasaan-MU, tidak lah seseorang mendengarnya melainkan ingin memasukinya"

Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenangan

Dan Allah berfirman:

Wahai Jibril, pergilah dan lihatlah kepadanya

Ia pun pergi dan melihat kepadanya,
kemudian ia datang dan berkata

"Wahai Tuhanku,demi kePerkasaanMu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun yang memasukinya"

Nabi melanjutkan;

'ketika Allah menciptakan neraka,

Dia berfirman:

'pergi dan lihatlah kepadanya

Ia (Jibril) pun pergi lalu melihatnya kemudian datang seraya berkata:

"wahai Tuhanku, demi kePerkasaanMu, tidaklah seorang yang mendengarnya lalu ingin memasukinya

Lalu neraka di kelilingi dengan kesenagan dan Allah berfirman:

"Wahai malaikat, pergilah lalu lihatlah kepadanya

Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata:

"Wahai Tuhanku, demi kePerkasaanMu, sungguh aku khuatir, tiada seorang pun tersisa melainkan memasukinya"

(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i dan Ahmad)

KERANA SEHELAI BULU MATA



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.

Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar.

Saya tak pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada.

Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?

Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang,"

Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan selambanya, "Saya yang merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.

Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,

"Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?

Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Masya-ALLAH...

Selasa, 10 Julai 2012

Nasihat Kubur


Luangkan waktu 2 minit membacanya :

Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

" Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)

Isnin, 9 Julai 2012

Biarlah....



Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata
Biarlah orang memfitnah, jangan kita melakukannya

Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja
Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka

Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik
Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita

Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan kejahatannya

Alangkah baiknya, balas kejahatan orang dengan kebaikan...

Akhirnya....


SeANGKUH dan SeHEBAT Apapun Kita,
Diatas Hamparan Sejadah jugalah Dahi Kita Bersujud,

SeCANTIK dan SeINDAH Apapun Rupa kita,
Kain Putih Jugalah Yg Pada Akhirnya akan Membalut Tubuh Kita,

SeKaya dan SeBanyak Apapun Harta Kita,
Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi Menghadap ILAHI,

SeGAGAH dan SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari,
Pada Akhirnya Akan Tetap Diusung Juga,

SeRAMAI dan SeBANYAK Apapun Teman-teman Kita,
Namun Kita Akan Pergi Seorang Diri Juga 1 Hari Nanti.