Ahad, 20 Februari 2011

dari lapar itu..

Na
Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Cahaya hikmah adalah lapar, menjauh dariAllah azza wa jalla adalah kenyang, mendekat kepada Allah azza wa jalla adalah cinta-cinta orang miskin dan mendekati mereka. Janganlah kamu kenyang kerana bererti kamu memadamkan cahaya hikmah dari hatimu, dan barangsiapa yang bermalam dalam keadaan ringan dari beban berat makanan maka bermalamlah bidadari-bidadari di kirinya sehingga pagi harinya. ”

Abu Sulaiman Ad-Darani berkata :
"Apabila hati lapar dan dahaga ia segar dan lembut . Apabila kenyang ia menjadi buta dan keras."


Sahl berkata :
"Orang yang kuat makan itu keji dalam tiga perkara:

  • Jika ia golongan dari ahli ibadat maka ia akan malas mengerjakannya
  • jika ia bekerja mencari rezeki maka ia tidak akan terselamat dari penyakit-penyakit
  • dan jika ia dari kalangan yang di masuki sesuatu dalam dirinya maka ALLAH tidak memberikan dengan sepenuh akan hak dirinya." 
Ibrahim bin Adham telah bertanyakepada sahabat-sahabatnya tentang harga beberapa makanan lalu dijawabkan kepada nya bahawa harganya mahal. Maka beliau pun berkata :
"Murahkan harganya dengan cara meninggalkannya.!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan