Rabu, 23 Februari 2011

yang hina...

Surat al Hasan al Bahsri yang ditujukan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz :
"Sesungguhnya dunia itu merupakan negeri perantauan dan bukan negeri yang tetap. Nabi Adam a.s diturunkan dari syurga ke dunia kerana siksaan. Maka takutilah dunia itu wahai Amirul Mukminin !
Sesungguhnya bekalan dunia itu mudah lenyap. Kekayaan dunia itu merupakan kemiskinannya. Dunia itu mempunyai pembunuh. Dunia itu  menghina orang yang memuliakannya, memiskinkan orang yang mengumpulkannya. Dunia itu seperti racun yang diminum oleh orang yang tidak mengenalnya.


Didalamnya ada sesuatu yang mematikannya. Dalam menghadapi dunia itu hendaklah engkau seperti orang yang mengubati lukanya. Ia menjaga yang sedikit kerana takut terhadap yang tidak disukainya pada masa yang panjang. Ia bersabar merasakan pahitnya ubat kerana takut lamanya penyakit. Awas lah akan negeri ini yang menyalahi janji, yang menipu, yang menyesatkan, yang menghiasi dengan tipuannya dan yang membuat fitnah dengan tipu dayanya.


Dunia membuat hal-hal yang ada sekarang menjadi angan-angan belaka dan membuat untuk masa depan dengan perkataan. Dunia ini seperti pengantin perempuan yang datang kepada suaminya. Semua mata memandang kepadanya. Semua jiwa asyik kepadanya lalu ia tertipu dan durhaka serta lupa akan tempat kembali (akhirat).


Kerana hatinya sibuk pada dunia maka tergelincirlah tapak kakinya. Lalu besarlah penyesalannya dan banyaklah kerugiannya. Orang yang gemar pada dunia tidak akan memperoleh apa yang dicarinya. Lalu keluarlah ia tanpa bekalan sebagaimana ia datang tanpa persediaan.


Hati-hatilah terhadap dunia itu wahai Amirul Mukminin !Hendaklah ada diantara engkau itu gembira dengan apa yang ada pada engkau ! Awasilah diri, sesungguhnya teman dunia itu, tiap ia tenang dari dunia kepada kegembiraan, nescaya dunia itu menerbitkannya kepada yang tidak disukai. Yang suka pada orang , dunia itu tertipu. Yang bermanfaat pada dunia itu, menipu yang mendatangkan melarat.


Sesungguhnya sampailah kelapangan  dari dunia itu dengan bencana. Dan yang kekal dari dunia itu mendatangkan kehancuran. Kegembiraan dunia itu bercampur aduk dengan kesedihan. Tiada kembalinya daripadanya apa yang berpaling dan yang membelakanginya. Dan tidak diketahui apa yang akan datang lalu ditunggunya. Cita-cita dunia itu dusta dan angan-angannya itu kosong belaka.
Kejernihannya itu keruh. Dan kehidupannya itu susah. dunia berbahaya bagi manusia kalau ia berakal dan memperhatikan. Maka ia petik hikmah dari bahaya dan dari bencana itu atas ketakutan. Maka jikalau Khaliq tidak memberitakan  tentang dunia dan tidak membuat suatu contoh perumpamaan  bagi dunia dan nescaya dunia itu telah membangunkan orang tidur dan memperingatkan orang yang lalai.


Bagaimanakah boleh demikian ? Sesungguhnya telah datang dalam dunia dari Allah seorang pemberi pengajaran. Maka tiadalah dunia itu mempunyai nilai pada sisi Allah  Yang Maha Agung pujianNya. Dan ia tiadalah memandang dari dunia itu semenjak dijadikanNya. Dan sudah ditunjukkan dunia, kunci-kunci dan gudang-gudang kepada Nabi s.a.w. Lalu Nabi s.a.w tidak mahu menerimanya. Kerana Baginda tidak suka menyalahi perintah ALLAH SWT atau suka kepada yang dibenci oleh Khaliqnya atau meninggikan yang telah direndahkan oleh pemiliknya. 


Ia disingkirkan dunia itu dari orang-orang  soleh sebagai ujian. Ia bentangkan dunia itu bagi mush-musuhNya sebagai tipuan. Lalu disangka oleh orang yang tertipu dengan dunia dan yang menguasai dunia bahawa ia memperoleh kemuliaan dengan dunia itu. Dan ia lupa apa yang diperbuat oleh ALLAH SWT. dengan Nabi Muhammad SAW ketika ia mengangkat batu atas perutnya.


".....hanya kerana aku bukan 'siapa-siapa' maka aku diperlaku seperti 'tiada'...hanya kerana aku tak punya 'apa-apa' maka aku dicemuh hina..... aku hanya lakukan apa yang telah KHALIQ rencanakan pada hambaNYA.."