Jumaat, 1 April 2011

yang selamat itu..

Ketika Khidir hendak berpisah dengan Musa AS, Musa AS meminta, " Wasiatkanlah akau !" Khidir berkata, " Wahai Musa takutlah engkau dalamnya laut, jangan berjalan tanpa keperluan, jangan ketawa tanpa sebab yang menghairankan dan jangan pula engkau salahkan orang-orang yang salah sebab kesalahan mereka  dan menangislah atas kesalahan mu sendiri."

Firman ALLAH SWT :
"Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (didunia ini) dan mereka akan menangis banyak (diakhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan."
(Q.S At-Taubah ayat 82)

Abdullah bin Umar r.a berkata Rasulullah SAW bersabda:
"Siapa yang telah mendapat izin untuk berdoa bererti telah dibukakan  baginya pintu rahmat dan tiada dimintai sesuatu yang lebih di sukai oleh ALLAH daripada  memohon keampunan dan selamat di dunia dan akhirat."


Berkata Imam Ibnu al-Qayyim : 
"Selagi hati selamat dari penyakitnya, ia akan berjalan menuju akhirat dan menghampirinya hingga menjadilah ia ahlul-akhirah (golongan yang beramal untuk akhirat). Namun apabila hati sakit, ia akan melebihkan dunia dan menjadikan dunia watannya hingga menjadilah ia alul-dunya (golongan yang beramal semata-mata untuk kepentingan duniawi."

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan