Jumaat, 1 April 2011

sesungguhnya..........


Syaqiq bin ibrahim berkata:
"Benteng amal itu ada tiga :

  1. Harus merasa bahawa itu hidayat dan taufiq dari ALLAH untuk mematahkan rasa ujub(sombong diri)
  2. Harus niat untuk mendapat redha ALLAH untuk mematahkan hawa nafsu
  3. Harus mengharap pahala dari ALLAH untuk menghilangkan rasa tamak, rakus dan riya'
Muhammad bin Abil-Ward berkata :
"Kebinasaan manusia terjadi dalam dua hal :

  • Mengejarkan yang sunat dan mengabaikan yang wajib.
  • Dan dalam amal perbuatan hanya mementingkan bahagian lahir/luar dan mengabaikan bahagian hati (iaitu niat dan keikhlasan beramal)
Al Khawwash berkata :
"Terputus nya makhluk dari ALLAH kerana dua hal :
  • Mengejar amal-amal sunat dan meninggalkan yang wajib
  • dan memperbaiki lahirnya amal tetapi tidak memperhatikan keikhlasan beramal sedangkan ALLAH tetap tidak menerima amal perbuatan kecuali jika ikhlas dan tepat menurut  tuntunan syariat.



"Ya ALLAH, berilah aku kekuatan, berilah aku petunjuk dan cahaya Mu, bimbingilah hati dan jiwaku ke taman-taman syurgamu..."







Tiada ulasan:

Catat Ulasan