Imam Ahmad mengeluarkan sanad jayid serta at Tabrani dan Ibnu Majah dalam sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Siapa memelihara solatnya, maka baginya nur dan selamatlah dia pada hari kiamat dan siapa yang tidak menjaganya maka tidak ada baginya nur dan keselamatan. Pada hari Kiamat ia bersama Qarun, Hamaman, Firaun dan Ubai bin Khalaf."
At Thabrani merawikan :
"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata : "Ya Rasulullah , ajarkan padaku amal yang jika ku lakukan dapat aku masuk syurga. Rasulullah berkata : "Jangan kau sekutukan ALLAH dengan sesuatu meskipun kau dibunuh dan dibakar. Taatilah kedua orang tuamu meskipun mereka tidak memberimu harta dan semua milikmu. Dan jangan tinggalkan solat wajib dengan sengaja, siapa sengaja meninggalkan solat maka ALLAH lepas tangan darinya."
"Tidak ada iman orang yang tidak menyimpan amanat. Tidak ada solat untuk orang yang tidak bersuci. Tidak ada agama untuk orang yang tidak solat. Sesungguhnya solat dalam agama bagaikan kepala pada jasad."
Ibnu Majah dan Al-Baihaqi, dari Abi Darda' r.a , dia berkata :
"Tidak berwasiat pada ku kekasihku s.a.w :
"Jangan kau sekutukan ALLAH dengan sesuatu meski kau dipotong atau dibakar. Jangan kau sengaja tinggalkan solat wajib, siapa yang sengaja meninggalkannya kau lepas tangan dari menanggungnya. Dan jika kau minum arak sungguh ia kunci tiap kejahatan."
Dan Abu Naim merawikan ; "Siapa tinggalkan solat dengan sengaja ALLAH menuliskan namanya di pintu Neraka termasuk orang yang memasukinya."
Ibnu Abi Syaibah , mursal : "Siapa meninggalkan solat asar tanpa uzur hingga terbenam matahari sungguh rosak amalnya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan