Suka saya nak bagi tahu tidak boleh ‘orang awam’ berkata seperti di atas sebab doa itu adalah merupakan salah satu daripada ibadat, sebagai seorang hamba kita harus kena berdoa, dan ianya adalah fikrah atas manusia dan menjadi wajib atas diri kita yg diciptakan oleh Allah Swt supaya berdoa kepada Allah Swt, doa merupakan juga sebagai "perhubungan kerohanian" antara manusia dengan Pencipta-Nya iaitu AllahSwt sebagaimana kita sering kali mengulangi menyebut kata mohon di dalam solat kita iaitu pada surah al-Fatihah;
"Kepada Engkau aku sembah dan kepada Engkau aku mohon pertolongan"
Oleh itu, kata 'ikrar' seperti di atas jatuh menjadi hukum wajib ke atas kita supaya berdoa... manakala kata-kata yang seperti di atas adalah merupakan kata-kata mabuk seseorang yang sedang mengalami perasaan atau berada dalam keadaan "malu" terhadap Allah Swt.
“Malu” dalam ertikata antara manusia dengan manusia merupakan satu perasaan yang biasa kita alami dalam kehidupan kita lain, manakala “malu” seperti yang di bicarakan di sini adalah hubungan malu antara manusia dengan Allah Swt, dan pengalaman malu antara keduanya amat berbeza. Malu manusia dengan sesama manusia adalah disebabkan kekurangan atau kelemahan pada fizikal dan perangai manusia itu, tetapi malu dalam erti perhubungan manusia dengan Allah Swt adalah disebabkan sifat-sifat buruk pada diri manusia itu sendiri yang terlekat dalam hatinya.
Pengertian "Malu" di sini ialah perasaan malu yang teramat sangat.. ianya bukan disebabkan keadaan fizikal seseorang atau manusia itu dan bukan juga kerana keburukan perangai tetapi ianya adalah kerana kegagalan pengawalan dirinya daripada sifat2 buruk disebabkan oleh kelemahan imannya sehingga ancaman nafsu menjalar menguasai dirinya dan keadaan ini yang sering berlaku menyebabkan nafsu mudah mengambil alih penguasaan dan sering kali memperolehi kemenangan menguasai jiwanya, maka kerana kegagalan inilah seseorang atau manusia itu berasakan perasaan yang teramat malu itu. Dalam erti kata lain; sudahlah ia kalah dengan godaan nafsunya, maknannya gagalnya dia dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang umat Islam iaitu melawan nafsu, namun masih juga lagi tidak merasakan malu dengan meminta-minta, namun begitu hal meminta atau memohan itu (doa) adalah wajib dan sebagai umat Islam wajib atasnya meminta sebagaimana Nabiy saw meminta keampunan kepada Allah Swt sehingga 700 kali dalam sehari semalam.. justeru ketika ia memohon atau berdoa maka ketika itulah berlakunya keadaan meminta dalam keadaan malu.
Mungkin sedikit tambahan bagi kefahaman kita bersama bahawa ketika kita berdoa itu kita berasa malu disebabkan banyaknya dosa-dosa kita, dan bertambah-tambah malunya kita lagi apabila dosa-dosa itu berlaku disebabkan kecuaian kita sendiri dalam menyedari bahawa nafsu itu wujud dan ada, dan bertambah-tambah lagilah malunya kita bilamana kita gagal mengawal nafsu itu, dan gagal melawan nafsu itu sehingga nafsu yang sepatutnya lemah dan tidak mempunyai “sifat daya usaha” itu pula yang dapat menguasai kita, maka akhirnya kelemahan kita itu mendorong kita melakukan berbagai dosa.
Dan lagilah malunya kita apabila nyata kita cuai, beserta gagalnya melawan nafsu kemudian disusuli pula nafsu itu pula yang menguasai kita, peliknya kita masih juga tidak merasa malu hendak meminta-minta lagi perkara-perkara keduniaan seperti meminta kesenangan yang berupa hartabenda iaitu kesenangan pada kekayaan. Kemudian tanpa segan-silu kita terus meminta-minta lagi iaitu meminta keampunan dari-Nya, walhal belum tentu diri kita ini ikhlas dengan permintaan keampunan itu, dan boleh jadi kita kita mengulangi semula kesalahan yang sama setelah kita memohon keampunan sebentar tadi. Amatlah malunya kita jika kesalahan atau kesilapan yang sama setelah kita memohon keampuan itu kita ulanginya semula, dan seterusnya berulang-ulang.
Jika sedemikian itulah ragamnya kita ini maka sememang atau sepatutnyalah kita ini merasa "malu" yang teramat sangat dengan diri kita yang sehabis lemahnya ini.
Wallahu a’lam