Melakukan suatu dosa boleh menyebabkan hati menjadi gelap dan susah menerima hidayat Allah.
Mengikut Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya apabila seseorang itu melakukan satu kesalahan,
muncullah satu titik hitam dalam hatinya, jika ia meninggalkan kesalahan itu
dengan beristighfar dan taubat maka hatinya kembali bersih dan apabila ia
mengulangi kesalahan, ditambahkan titik-titik hitam itu dalam hatinya sehingga
menutupi cahaya hati. Iaitu (Arrana) yang disebutkan Allah,: “Sebenarnya (pada
ayat-ayat kami tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi
kekotoran (dosa) dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka
kerjakan”. (Riwayat Attarmizi)
Menurut huraian Imam Al-Ghazali, apabila karat dan kekotoran telah menebal di hati, ia bertukar menjadi tabiat. Keadaan ini samalah seperti daki-daki dan kotoran yang melekat di permukaan cermin.
Semakin lama noda itu dibiar dan tidak dibersihkan akhirnya terserap dalam zat cermin itu hingga menjadi rosak. Keadaannya samalah seperti hati yang telah sebati dengan maksiat.