Khamis, 3 Mac 2011

kawan itu..



Firman ALLAH SWT bermaksud : 
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Sabda Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

"Sejahat jahat teman yang memaksa engkau bermuka muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu memcari alasan" – Ali bin Abi Thalib r.a

Kawan ketika suka senang dijumpa, teman waktu menangis sukar ditemui, biasakanlah dengan menjadikan ALLAH SWT sebagai teman bicaramu kerana DIA sentiasa ada dalam suka dan duka...bermunajat dan bertaqarublah dengan NYA, menjadikan solat mu sebagai tali penghubungnya.