Jumaat, 4 Mac 2011
Dengan Mu Aku Hidup
Firman Allah SWT :
“Tidak ada suatu musibah (bencana) yang terjadi di bumi atau yang mengenai dirimu semua itu melainkan telah tercantum dalam kitab catatan sebelum Kami laksanakan terjadinya. Sesungguhnya hal yang sedemikian itu bagi Allah adalah suatu hal yang mudah sekali. Perlunya ialah supaya kamu semua tidak berduka-cita terhadap apa yang lepas dari tanganmu dan tidak pula bangga terhadap apa yang diberikan oleh Allah padamu. Allah tidak mencintai setiap orang yang sombong serta membanggakan diri sendiri.”
(Q.S. Al-Hadid:22-23)
Dirawikan dari Basyir al-Hafei r.a dia berkata :
" Dalam tidur aku melihat Nabi SAW, beliau berkata : " Wahai Basyir !Tahukah engkau sebab apa ALLAH menangkat mu melebihi teman-temanmu ?" Basyir menjawab, "Tidak wahai Rasulullah." Lalu Baginda berkata : " Adalah disebabkanm khidmatmu kepada orang-orang soleh, nasihatmu untuk saudara-saudaramu, mahabbahmu kepada sahabatmu dan ahli sunnahku serta engkau mengikuti sunnahku."
Amr bin Ubaid berkata :
"Aku lihat manusia itu pencuri. Umur itu mutiara indah tak ternilai dan sepatutnya adalah untuk mengisi rumah di Akhirat. Ketahuilah pencuri Akhirat harus zuhud di dunia agar himahnya satu serta lahir batinnya tidak berbeza. Tidak mungkin menjaga 'hal' kecuali dengan kesamaan lahir batin."
Fudhail bin Iyadh ditanya , " Wahai Aba Ali, bila seorang itu soleh ?" Dia menjawab, " Jika nasihat pada niatnya, takut dalam hatinya, jujur apabila berkata dan amal soleh nampak pada anggota badannya."