Isnin, 9 Mei 2011

DOA Untuk Memagari Dari Gangguan Syaitan


Berikut ialah nasihat dan pedoman untuk memagari rumah dan anak-anak daripada gangguan syaitan seperti yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-sunnah.

1. Membaca surah Al-baqarah di dalam rumah

Rasullullah bersabda:"Janganlah jadikan rumah kamu sebagai kuburan. Sesungguhnya rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

2. Membaca Bismillah sebelum masuk dan semasa keluar daripada rumah

3. Membaca ayat kursi kepada anak-anak sebelum tidur

{ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ }

4. Membaca doa berikut kepada anak, sambil tangan mengusap kepalanya :

اعذك بكلمات الله التامة من كل شيطان وشره

Maksudnya : “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan kejahatannya.”

5. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur

Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan, bahawa apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbaring di perbaringan baginda pada malam hari, baginda menyatukan kedua telapak tangan baginda lalu baginda meniup keduanya dan membacakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian baginda mengusap tubuh baginda yang mampu diusap dengan kedua tangannya. Baginda mulai dari kepala, wajah, dan bahagian muka tubuhnya. Baginda melakukan hal itu tiga kali.“ (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA)

6. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam

Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari mimpinya, hendaklah dia melakukan membersihkan hidungnya tiga kali, kerana syaitan bermalam pada hidungnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Disebut dalam Sahih Muslim, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang membaca 100 kali :

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang.





9 JENIS SYAITAN


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anaksyaitan:

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih danmembeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth :disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakanmuzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelamdalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula darikata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteribercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri,isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anakdidera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tanggalagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.





Memerangi nafsu dan syaitan.



Sudah semestinya orang berakal memerangi keinginan nafsu dengan berlapar.
Hanya lapar dapat menundukkan musuh-musuh Allah.
Rasulullah saw telah bersabda:

"Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!"

Seseungguhnya manusia yang paling dekat dengan Allah kelak pada hari Kiamatadalah orang yang paling kuat menahan lapar dan hausnya. Dan bahaya yang palinh besar bagi manusia adalah syahwat perut. Sebab itulah Adam dan Hawadikeluarkan dari Darul Baqa ke Darul Fana. Allah telah melarang keduanya memakan (buah) pohon. Maka terbukalah kain yang menutupi badan keduanya. Dan pada dasarnya perutlah sumber segala syahwat.

Sebahagian ulama ada yang mengatakan: "Barangsiapa telah dikuasai oleh nafsunya, maka dia akan menjadi hamba syahwatnya. Ia merengkuk dalam penjara kegilaannya. Dan hatinya semakin lalai. Barangsiapa menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat, bererti ia telah menanam `pohon' penyesalan dalam hatinya."

Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk ada tiga bahagian. Dia menjadikan malaikat hanya diberi akal, tanpa diberi syahwat. Lalu Dia menjadikan haiwan yang dibekali syahwat tanpa diberi syahwat dan Allah menjadikan manusia dengan diberi akal dan syahwat. Jika syahwat seseorang telah mengalahkan akalnya, maka haiwan lebih baik daripada dia. Namun barangsiapa menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya, tentulah dia lebih baik daripada malaikat.

Ibrahim al-Khawas telah meriwayatkan: Pada suatu ketika aku ke gunung Lukam. Ingin sekali aku mengambil sebiji buah delima. Kemudian kuambil satu dan kupecahkan. Namun apabila kumakan sedikit rasanya masam. Maka kutinggalkan saja delima itu. Kemudian aku melihat seorang lelaki jatuh tersungkur dikerumuni lalat yang menggigit. Lalu aku menegurnya, "Assalamualaikum. " Dia menjawab, "Waalaikumsalam, wahai Ibrahim." Kutanya dia, "Bagaimana engkau mengenalku?" Dia menjawab, "Barangsiapa telah makrifat kepada Allah tidak ada suatu yang samar baginya." Lalu aku mengatakan, "Kulihat engkau istimewa di sisi Allah. Mengapa engkau tidak memohon agar selamat dari gigitan lalat itu?" Dia menjawab, "Aku pun melihat engkau mempunyai keistimewaan di sisi Allah. Lalu mengapa engkau tidak memohon agar selamat dari syahwat (keinginan) terhadap delima? Sesungguhnya lazatnya delima dapat mengakibat seseorang menderita di Akhirat. Sedangkan gigitan lalat hanyalah terasa pedih di dunia saja. Gigitan lalat pada nafsu sedangkan gigitan syahwat itu pada hati…!" Kemudian aku pun berlalu dari situ.

Syahwat dapat membuatkan raja menjadi hamba. Sedangkan sabar akan membuatkan budak menjadi raja. Tidakkah engkau dengar kisah Yusuf as dengan Zulaikha. Yusuf menjadi raja Mesir kerana kesabarannya. Dan Zulaikha menjadi hina, lemah dan fakir kerana syahwatnya. Zulaikha tidak sanggup menahan cintanya kepada Yusuf.

Diceritakan bahawa Abu Hassan Ar Razi bermimpi bertemu dengan ayahnya dua tahun setelah dia meninggal dunia. Dia mengenakan pakaian dari aspal. Kemudian Abu Hassan bertanya, "Wahai ayahku, betapa aku melihat engkau seperti ahli Neraka." Lalu di menjawab, "Wahai anakku, nafsuku telah menyeret aku ke Neraka. Maka takutlah engkau wahai anakku, terhadap tipuan nafsumu."
Dia berkata lagi,
"Sungguh aku diuji empat perkara. Selalu menjeratku dalam binasa. Iblis, dunia, nafsu dan syahwat. Bagaimana selamat, sedangkan mereka musuh semuanya. Kulihat syahwat merayu anganku. Di kegelapan syahwat dan keinginanku. "

Hatim al-Ashom berkata: Nafsu tempat peristirehatanku, ilmu adalah pedangku, dan dosa itu adalah kegagalanku sedangkan syaitan itu musuhku. Aku dikhianati oleh nafsuku.
Sebahagian ahli Makrifat berkata: Jihad itu ada tiga macam. Pertama, jihad melawan orang-orang kafir. Ini jihad lahiriah. Sebagaimana termaktub dalam firman Allah:
"Mereka berjihad di jalan Allah………." (Q.S. Al-Maidah: 54)

Kedua, berjuang menghadapi orang-orang yang menyebarkan ilmu dan hujah yang batil. Seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
"Dan berbalahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan jalan yang terlebih baik."(Q.S. An-Nahl: 125)

Ketiga, berjihad melawan nafsu yang sentiasa menyeret pada kejahatan seperti yang difirman Allah:
"Dan orang-orang yang berjuang dalam (menunaikan hak) Kami tunjuki mereka ke jalan Kami…." (Q.S Al-Ankabut: 69)

Dan Rasulullah saw bersabda:
"Jihad paling utama adalah memerangi nafsu."

Sesungguhnya para sahabat ketika pulang dari berperang menghadapi kaum kuffar, mereka berkata, "Kita baru pulang dari perang yang kecil menuju ke perang lebih besar." Ini kerana mereka telah mendengar bahawa jihad melawan hawa nafsu dan syaitan itu lebih besar lantaran jihad tersebut bersifat terus-menerus. Sedangkan menghadapi kaum kuffar hanyalah sekejap dan jelas kelihatan. Padahal menghadapi musuh yang jelas kelihatan lebih mudah daripada musuh yang tidak kelihatan. Ditambah lagi syaitan mempunyai pembantu di pihak kita, iaitu hawa nafsu. Sedangkan kaum kufar tidak mempunyai pembantu pada pihak kita. Jika engkau berjaya membunuh orang kafir, kamu akan mendapatkan harta rampasan. Namun jika engkau terbunuh engkau akan mendapatkan Syurga. Padahal jelas engkau tidak akan dapat membunuh syaitan. Tetapi jika engkau dikalahkan oleh syaitan, tentu akan mendapatkan seksa daripada Allah.

Sebagaimana dikatakan, "Barangsiapa kehilangan kuda sewaktu ia berperang, sekurang-kurangnya kudanya jatuh ke tangan kufar. Tetapi barangsiapa kehilangan iman, tentulah dia mendapat kemarahan Allah. Dan barangsiapa tertangkap oleh pihak kufar, tidak akan tangannya diikatkan ke leher. Kakinya tidak akan diikat. Perutnya tidak dibiarkan lapar dan tidak dibogelkan. Tetapi sesiapa yang jatuh ke dalam kemarahan Allah, mukanya akan menjadi hitam. Tangannya diikatkan ke leher dengan rantai. Kakinya diikat dengan tali api. Bahkan makanan, minuman dan pakaiannya adalah api."

Dari Mukasyafah Al-Qulub(Oleh Imam Al-Ghazali)



Khamis, 5 Mei 2011

7 Rahsia Untuk Cemerlang Berdasarkan Surah Al-Mukminun



Terjemahan:

[1]Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

[2]Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;[

4]Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya,

-[6]Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:

-[7]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;-[8]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

-[9]Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

-[10]Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi

-[11]Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

1. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan yang bulat kepada Allah.

“Sesungguhnya BERJAYALAH orang-orang yang beriman.”

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka, imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap yang positif seterusnya yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati.

“Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.”

Buat satu kerja pada satu masa dengan khusyuk dan tekun. Jika membuat kerja sambil lewa akan membuat banyak kerugian dan membuang masa serta menyebabkan kita ketinggalan.

3. Jangan membuang masa dan tentukan keutamaan.

“Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).”

Berehatlah sekadar-kadarnya sahaja. Janganlah berlebihan sehingga menyebabkan tujuan asal bekerja atau belajar tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Terlalu banyak hiburan yang melekakan dan melalaikan termasuklah internet.

Setiap Muslim perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk mengawal diri masing-masing. Sekiranya perlu berehat, berehatlah dengan membuat perkara yang bermanfaat seperti bersenam, membaca bahan bacaan yang ringan dan sebagainya atau yang paling baik, membaca Al Quran atau berzikir.

4. Hargailah orang lain.

“Dan orang-orang yang menunaikan zakat.”

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu dan tidak semestinya berkongsi wang sahaja.

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan.

“Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”

Janganlah kita menggunakan alasan bekerja atau belajar dengan melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau apabila stress mencari alasan untuk menelefon atau chatting dengan kawan lelaki/perempuan anda. Padahal Allah kan sentiasa ada, sentiasa melindungi, sentiasa menolong…jika kita mencari dan meminta padaNya.

6. Jujur, amanah.

"Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.”

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak majikan atau untuk pelajar dengan penaja dan ibu bapa untuk bekerja atau belajar bersungguh-sungguh. Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dgn Allah untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkanNya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu,pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana insyaAllah.

7. Menepati masa dan teliti.

“Dan orang-orang yang memelihara solatnya.”

Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa di pertengahan jalan. Amalkan sikap ini dengan istiqamah. Maksud utama dalam ayat tersebut supaya kita sangat menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadapNya dengan amal-amal kita, bukan dengan kemewahan harta yang kita ada. Bahkan harta yang banyak akan melewatkan kita dari memasuki syurga dan mendekatkan dengan api neraka.



KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM


Bertempat di Padang Arafah, pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’, Rasulullah SAW telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir (Khutbah Wida’). Baginda bertolak ke Arafah dari Mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.

Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:

“Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.

Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.

Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.

“Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)

Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun sayyidina Abu Bakar perasan al-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banyaknya. Beliau pun ikut menangis.

Sayyidian Umar bertanya apakah sebabnya lalu sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.





Isnin, 2 Mei 2011

Bercermin Dengan Aib Sendiri


dakwatuna.com – “Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.” (Al-Bukhari)

Indahnya nikmat keimanan. Hati yang semula gelap menjadi terang. Bahaya dan penyakit di sekitar diri yang sebelumnya tertutupi, bisa terlihat jelas. Kian tampak mana yang baik, dan yang buruk. Dalam hal apa pun. Termasuk, dalam pergaulan dan persaudaraan Islam.

Tak ada manusia yang serba sempurna

Saat ini tak ada manusia yang sempurna dalam segala hal. Selalu saja ada kekurangan. Boleh jadi ada yang bagus dalam rupa, tapi ada kekurangan dalam gaya bicara. Bagus dalam penguasaan ilmu, tapi tidak mampu menguasai emosi kalau ada singgungan. Kuat di satu sisi, tapi rentan di sudut yang lain.

Dari situlah seorang mukmin mesti cermat mengukur timbangan penilaian terhadap seseorang. Apa kekurangan dan kesalahannya. Kenapa bisa begitu. Dan seterusnya. Seperti apa pun orang yang sedang dinilai, keadilan tak boleh dilupakan. Walaupun terhadap orang yang tidak disukai. Yakinlah kalau di balik keburukan sifat seorang mukmin, pasti ada kebaikan di sisi yang lain. Tidak boleh main ‘pukul rata’: “Ah, orang seperti itu memang tidak pernah baik!”

Allah swt. meminta orang-orang beriman agar senantiasa bersikap adil. Firman-Nya dalam surah Al-Maidah ayat 8, “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah; menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Dari timbangan yang adil itulah, penilaian jadi proporsional. Tidak serta-merta mencap bahwa orang itu pasti salah. Mungkin, ada sebab yang membuat ia lalai, lengah, dan kehilangan kendali. Bahkan boleh jadi, jika pada posisi dan situasi yang sama, kita pun tidak lebih bagus dari orang yang kita nilai.



Kekurangan diri seorang mukmin merupakan ujian mukmin yang lain

Sesama mukmin seperti satu tubuh. Ada keterkaitan yang begitu kuat. Sakit di salah satu bagian tubuh, berarti sakit pula di bagian yang lain. Cela pada diri seorang mukmin, berarti cela pula buat mukmin yang lain.

Setidaknya, ada dua ujian buat seorang mukmin ketika saudaranya tersangkut aib. Pertama, kesabaran untuk menanggung keburukan secara bersama. Siapa lagi yang layak memberi kritik dan arahan kalau bukan saudara sesama mukmin. Karena dialah yang lebih paham seperti apa daya tahan keimanan saudaranya sesama mukmin. Sabar untuk senantiasa menegur, mendekati, dan memberi solusi.

Kedua, kesabaran untuk tidak mengabarkan keburukan saudaranya kepada orang lain. Ini memang sulit. Karena lidah kerap usil. Selalu saja tergelitik untuk menyampaikan isu-isu baru yang menarik. Tapi sayangnya, sesuatu yang menarik buat orang lain kadang buruk buat objek yang dibicarakan. Di situlah ujian seorang mukmin untuk mampu memilih dan memilah. Mana yang perlu dikabarkan, dan mana yang tidak.

Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan masuk surga orang yang suka mendengar-dengar berita rahasia orang lain.” (Al-Bukhari)



Tataplah kekurangan diri sebelum menilai kekurangan orang lain

Ego manusia selalu mengatakan kalau ‘sayalah yang selalu baik. Dan yang lain buruk’. Dominasi ego seperti inilah yang kerap membuat timbangan penilaian jadi tidak adil. Kesalahan dan kekurangan orang lain begitu jelas, tapi kekurangan diri tak pernah terlihat. Padahal, kalau saja bukan karena anugerah Allah berupa tertutupnya aib diri, tentu orang lain pun akan secara jelas menemukan aib kita.

Sebelum memberi reaksi terhadap aib orang lain, lihatlah secara jernih seperti apa mutu diri sendiri. Lebih baikkah? Atau, jangan-jangan lebih buruk. Dari situlah ucapan syukur dan istighfar mengalir dari hati yang paling dalam. Syukur kalau diri ternyata lebih baik. Dan istighfar jika terlihat bahwa diri sendiri lebih buruk.

Tatap aib saudara mukmin lain dengan pandangan baik sangka. Mungkin ia terpaksa. Mungkin itulah pilihan buruk dari sekian yang terburuk. Mungkin langkah dia jauh lebih baik dari kita, jika berada pada situasi dan kondisi yang sama.

Membuka aib seorang mukmin berarti memperlihatkan aib sendiri

Seorang mukmin dengan mukmin lainnya adalah bersaudara. Sebuah persaudaraan yang jauh lebih sakral ketimbang satu ayah dan satu ibu. Karena Allah sendiri yang menyatakan kekuatan persaudaraan itu: “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara….” (Al-Hujurat: 10)

Ketika seorang mukmin membuka dan menyebarkan aib saudaranya, ada dua kesalahan yang dilakukan sekaligus. Pertama, ada citra keagungan orang-orang beriman yang terkotori. Dan reaksi yang muncul memojokkan umat Islam, “Yah, sama saja. Keimanan tidak bisa jadi jaminan!” Dan seterusnya.

Kedua, orang yang gemar menyebarkan aib saudaranya, sebenarnya tanpa sadar sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli. Antara lain, tidak bisa memegang rahasia, lemah kesetiakawanan, dan penyebar berita bohong. Semakin banyak aib yang ia sebarkan, kian jelas keburukan diri si penyebar.

Benar apa yang dinasihatkan Rasulullah saw. bahwa diam adalah pilihan terbaik ketika tidak ada bahan ucapan yang baik. Simpanlah aib seorang teman dan saudara sesama mukmin, karena dengan begitu; kelak, Allah swt., akan menutup aib kita di hadapan manusia.






AKHLAK YANG TERCELA




1. TAMAK KEPADA MAKAN

Ertinya gemar dan tamak kepada makan, iaitu sentiasa mereka-reka apa yang hendak dimakan seterusnya. Perutnya akan sentiasa sendat dengan makanan dan minuman. Kebiasaan bagi orang yang tamak ialah mementingkan diri sendiri. Firman Allah SWT.

“Makanlah dan minumlah kamu tetapi jangan kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Araf: 30)

Makan dan minum pada syarak tujuannya adalah sekadar untuk membolehkan ibadah kepada Allah. Banyak makan menyebabkan tubuh badan memberat dan menimbulkan rasa malas untuk menunaikan tuntutan Allah. Terlalu banyak makan juga membawa nafsu untuk melakukan kejahatan.

2. GEMAR BERCAKAP

Ertinya suka dan gemar bercakap perkara yang sia-sia dan tidak berguna untuk dunia dan akhiratnya. Firman Allah SWT.

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan mereka melainkan bisikan orang yang menyuruh manusia memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamian di antara manusia.” (An Nisa: 114)

3. MARAH

Iaitu bersifat pemarah. Marah yang dimaksudkan ialah marah yang melulu dan tidak kena pada tempatnya. Sebaliknya, marah kepada apa yang disuruh oleh Allah merupakan sifat terpuji sepertimana Rasulullah S.A.W marah pada orang yang mengabaikan perintah Allah.

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dan Tuhanmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya sama ada di waktu lapang atau kesempitan dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan kesalahan orang, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Ali Imran: 133-134)

Sifat pemarah berpunca dari sifat sombong atau rasa kebesaran yang bersarang di dalam hati. Lagi besar sombong seseorang itu, lagi besarlah kemarahannya. Seorang yang pemarah adalah seorang yang biadab terhadap sesama manusia dan juga biadab terhadap Allah SWT. Ia boleh memecahbelahkan hati-hati manusia. Sifat kebesaran atau sombong mesti diungkaikan dan diganti dengan sifat kehambaan atau rendah diri.

4. HASAD DENGKI

Ertinya dengki iaitu suka nikmat yang ada pada orang lain hilang atau suka apabila orang lain ditimpa musibah. Dan dadanya akan sesak apabila mendengar orang lain mendapat nikmat dan bergembira apabila orang lain ditimpa bala. Firman Allah SWT.

“Apakah mereka dengkikan manusia lantaran kurniaan yang ALLAH telah berikan kepada mereka.” (An Nisa: 54)

Sifat hasad dengki ini lahir dari hati yang sombong dan tidak redha dengan ketentuan Allah. Apabila ada sifat hasad dengki, akan berlaku hina menghina, benci membenci, fitnah memfitnah, jahat sangka yang kesemuanya akan mendatangkan dosa dan menghapuskan kebaikan lainnya. Sabda Rasulullah S.A.W.

“Hasad memakan amalan seperti api memakan kayu.”

Hidup bagi seorang yang berhasad dengki ini tidak pernah tenang dan selalu berdukacita.

5. KEDEKUT

Ertinya kikir atau kedekut kerana terlalu sayangkan nikmat sehingga tidak menggunakannya untuk tujuan-tujuan yang disuruh oleh Allah S.W.T. Punca sifat ini adalah cinta kepada dunia dan lupakan akhirat. Firman Allah S.W.T.

“Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnianya menyangka bahawa kebakhilannya itu adalah baik bagi mereka, sebenarnya apa yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di leher mereka di hari kiamat kelak.” (Ali Imran: 180)

6. SUKA KEMEGAHAN DUNIA

Iatu cinta akan kemegahan dunia serta suka akan kemasyhuran. Firman Allah S.W.T.

“Negeri Akhirat itu Kami jadikan untuk orang yang tidak ingin kepada ketinggian dan kemegahan dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang yang bertaqwa.” (Al Qasas: 83)

Sifat ini adalah pakaian orang-orang sombong yang lupa asal usul kedatangannya dan lupa Allah dan hari Akhirat. Biasanya orang yang mempunyai sifat ini hidup di dalam kepura-puraan.

7. CINTA DUNIA

Terlalu kasihkan dunia dan sibuk memikirkannya sehingga lalai daripada menunaikan perintah Allah S.W.T. Sifat ini menyebabkan seseorang itu tidak lagi memikirkan halal haram, perintah atau tegahan Allah dalam usahanya mencari keduniaan. Firman Allah S.W.T.

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia maka kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tetapkan baginya Neraka Jahannam dan akan memasukinya dengan keadaan tercela dan terusir.” (Al Isra’: 18)

Yang dimaksudkan dunia ialah sesuatu yang tidak ada hubungan dan manfaat untuk Akhirat. Dunia yang ada manfaat di Akhirat bukan lagi disebut dunia. Yang dikeji ialah dunia yang tidak mendatangkan hasil yang baik di Akhirat. Sabda Rasulullah S.A.W.

“Sesungguhnya Allah suka member keduniaan dengan sebab amalan. Akhirat tetapi kalau amalnya khusus untuk dunia maka tidak akan diberi Akhirat.”

8. SOMBONGIaitu merasakan dirinya baik, mulia, tinggi dan terhormat dan memandang orang lain dengan pandangan yang rendah dan penuh kehinaan. Daripada sifat ini lahir bermacam-macam lagi sifat yang buruk dan mencetuskan berbagai-bagai kemungkaran di dunia. Firman Allah S.W.T.

“Akan Aku pesongkan dari tanda-tanda kebesaranKu orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar.” (Al Araf: 146)

Kibir adalah pakaian Allah S.W.T, sifat khususiah hanya untuk Allah. Kerana Allah itu Maha Agung, Maha Pencipta dan Maha Besar dan Allahlah yang mengagih-agihkan nikmat kepada seluruh hamba-hambaNya. Sifat ini jika dijadikan pakaian makhluk, ia akan menjadi induk kepada kejahatan kerana sifat inilah yang menyebabkan iblis menjadi kufur dan dilaknak oleh Allah SWT.

9. KAGUM AKAN KEHEBATAN DIRI

Ertinya ialah hairan akan dirinya, iaitu merasa kagum akan kehebatan dirinya mampu mendirikan ibadah yang banyak, merasa hebat melihat dirinya yang serba ada dan serba boleh, menyebabkan ia terlalu membesarkan dirinya sehingga lupa kepada Allah yang memberikannya itu semua. Sabda Allah s.a.w.

“Sekiranya kamu tidak pernah berdosa, tentulah aku takut kalau kamu ditimpai oleh dosa yang lebih besar iaitu ujub.”(Riwayat Bukhari)

10. RIAK

Ertinya berbuat sesuatu ibadah kerana mengharapkan pujian orang bukan ikhlas melakukan ibadah semata-mata dan kerana Allah. Firman Allah SWT.

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang sembahyang iaitu orang-orang yang lalai dari sembahyang lagi menunjuk-nunjuk.” (Al Maun: 4,5,6,)

Menurut pandangan Syariat, riyak merupakan syirik kecil kerana ia menyegutukan Tuhan di dalam ibadah. Sifat ini biasanya berlaku secara tidak sedar kerana ia adalah hasil bisikan halus syaitan dan dorongan hawa nafsu. Namun, tidak pula boleh meninggalkan ketaatan kepada Allah kerana takut berlaku riak. Apa yang perlu dilakukan ialah bersungguh-sungguh beramal dengan memelihara keikhlasan semata-mata mengharapkan redha Allah.

Yang demikian adalah sifat-sifat yang keji, yang perlu diperhatikan dan dijauhi sungguh-sungguh daripada diri kita kerana ianya akan mendatangkan kesengsaraan hidup di dunia dan akan menjerumuskan kita ke dalam Neraka Jahannam di Akhirat. Dengan mengetahui sifat-sifat yang tercela itu, dapatlah kita berusaha mengungkainya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.





Pesan Ali bin Abi Talib r.a.



Dibawah ini adalah beberapa untaian kata yang dinisbahkan kepada Khalifah ar-Rasyidin keempat, Ali bin Abi Talib r.a yang diambil dari buku “Mutiara Nahjul Balaghah” yang disyarah oleh tokoh islah Muhammad Abduh dan diteliti serta ditahkikkan kembali oleh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid ( Fakulti Bahasa Arab al-Azhar Mesir), terbitan Mizan terjemahan Muhammad al-Baqir. Semoga ada beberapa hikmah yang boleh diambil, insyaAllah.


“Wahai manusia, janganlah sekali-kali merasa kesepian diatas jalan kebenaran hanya disebabkan sedikitnya orang yang berada disana. Sesungguhnya kebanyakan manusia telah berkumpul menghadapi hidangan yang hanya sebentar saja kenyangnya namun lama sekali laparnya.Wahai manusia, sesungguhnya hanya ada dua hal yang menggabungkan manusia, yaitu persetujuan atas sesuatu dan penolakan terhadapnya.Seperti halnya pembunuhan unta kaum Tsamud; yang menyembelihnya hanya satu orang tapi Allah menjatuhkan azab atas mereka semua, disebabkan mereka menyetujui perbuatan itu dan tidak menentangnya.”

“Akan datang suatu masa ketika orang yang didekatkan oleh para penguasa hanyalah mereka yang pandai memfitnah orang lain; yang diterima ucapannya hanyalah mereka yang menyimpang dari agama, dan yang dianggap bodoh ialah mereka yang mengatakan kebenaran.Pada masa seperti itu, sedekah akan dianggap sebagai kerugian, bantuan untuk sanak kerabat hanyalah sebagai alat pamer dan beribadah kepada Allah sebagai perbuatan “sok alim”. Pada saat itu kekuasaan negeri dijalankan berdasarkan saran-saran kaum wanita, kepemimpinan anak-anak dan perencanaan kaum banci.”

“Paksakanlah dirimu agar tetap menanam kebaikan kepada saudaramu disaat ia memutuskan hubungan denganmu. Berusahalah agar tetap bersikap lunak serta mendekatinya disaat ia berpaling darimu. Bersikaplah dermawan kepadanya disaat ia menunjukkan kebakhilannya terhadapmu. Hampirilah ia disaat ia menjauhimu.Hadapilah ia dengan lemah lembut disaat ia memamerkan kekerasan hatinya. Berilah pemaafan untuknya disaat ia melakukan kesalahan terhadapmu, seolah-olah engkau adalah sahayanya dan dialah yang melimpahkan nikmatnya kepadamu. Tetapi janganlah meletakkan hal itu semua bukan pada tempatnya, atau melakukannya untuk orang yang tidak patut menerimanya.”

“Jangan terlalu merisaukan kezaliman orang yang melakukannya terhadapmu; sebab ia telah mendatangkan kerugian bagi dirinya sendiri dan keuntungan bagimu. Maka tidaklah selayaknya engkau membalas orang yang menggembirakanmu dengan menyusahkannya.”

“Bila kebaikan meliputi suatu masa beserta orang-orang didalamnya, lalu seseorang berburuk sangka terhadap orang lain yang belum pernah berbuat cela, maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim. Tetapi apabila kejahatan telah meliputi suatu masa beserta orang-orang didalamnya, lalu seseorang berbaik sangka terhadap orang yang belum pernah dikenalnya, maka ia akan sangat mudah tertipu.”

“Barangsiapa mengangkat dirinya sebagai pemimpin, hendaknya ia mulai mengajari dirinya sendiri sebelum mengajari orang lain. Dan hendaknya ia mendidik dirinya sendiri dengan cara memperbaiki tingkah lakunya sebelum mendidik orang lain dengan ucapan lidahnya. Orang yang menjadi pendidik bagi dirinya sendiri lebih patut dihormati daripada yang mengajari orang lain.”

“Mencukupkan diri dengan sesuatu yang berada ditanganmu lebih kusukai bagimu daripada usahamu memperoleh apa yang ada ditangan orang lain. Pahitnya kegagalan untuk memiliki sesuatu, lebih manis daripada memintanya dari orang lain.”

“Cara terbaik untuk menjaga sesuatu yang tersimpan dalam wadahnya adalah dengan mengikat erat tali pengikat tutupnya. Demikian pula memperbaiki apa yang tidak sempat kau ucapkan, jauh lebih mudah daripada memperbaiki apa yang terlanjur kau ucapkan.”





Selasa, 19 April 2011

Surat dari Imam Ali Untuk Para Penguasa

Jadikanlah kekuasaanmu yang sangat pada segala sesuatu yang paling dekat dengan kebenaran, paling luas dalam keadilan, dan paling meliputi kepuasan rakyat banyak. Sebab, kemarahan rakyat banyak mampu mengalahkan kepuasan kaum elit. Adapun kemarahan kaum elit dapat diabaikan dengan adanya kepuasan rakyat banyak. Sesungguhnya rakyat yang berasal dari kaum elit ini adalah yang paling berat membebani wali negeri dalam masa kemakmuran: paling sedikit bantuannya di masa kesulitan; paling membenci keadilan; paling banyak tuntutannya, namun paling sedikit rasa terimakasihnya bila diberi; paling lambat menerima alasan bila ditolak; dan paling sedikit kesabaranya bila berhadapan dengan berbagai bencana.

Seburuk-buruk menterimu adalah mereka yang tadinya juga menjadi menteri orang-orang jahat yang telah berkuasa sebelummu, yang bersekutu dengan mereka dalam dosa dan pelanggaran. Maka jangan kau jadikan mereka sebagai kelompok pendampingmu, sebab mereka adalah pembantu-pembantu kaum durhaka, dan saudara-saudara kaum yang aniaya.

Kemudian pilihlah untuk jabatan sebagai hakim orang-orang yang paling utama diantara rakyatmu, yang luas pengetahuannya dan tidak mudah dibangkitkan emosinya oleh lawanya. Tidak berkeras kepala dalam kekeliruan dan tidak segan kembali kepada kebenaran bila telah mengetahuinya. Tidak tergiur hatinya oleh ketamakan. Tidak merasa cukup dengan pemahaman yang hanya di permukaan saja, tetapi ia berusaha memahami sesuatu sedalam-dalamnya. Mereka yang paling segera berhenti, karena berhati-hati, bila berhadapan dengan keraguan. Yang paling bersedia menerima argumen-argumen yang benar dan yang paling sedikit rasa kesalnya bila didebat oleh lawan. Yang paling sabar menyelidiki semua urusan dan yang paling tegas beroleh kejelasan tentang penyelesainya.

Untuk kaum fakir miskin dan Kaum Lemah jangan kau lalaikan mereka. Jangan sekali-kali kau disibukkan oleh kemewahan. Dan jangan beranggapan bahwa kau tidak akan dituntut apabila melalaikan yang remeh semata-mata disebabkan kau telah menyempurnakan berbagai urusan yang besar lagi penting. Curahkanlah perhatianmu pada mereka dan jangan sekali-kali kau palingkan wajahmu dari mereka. Telitilah juga hal ihwal orang-orang yang tidak dapat mencapaimu disebabkan kehinaan mereka di mata orang banyak. Tugaskanlah beberapa orang kepercayaanmu-yang bersahaja dan tawadhu-untuk meneliti keadaan orang-orang itu. Kemudian penuhilah kewajibanmu terhadap mereka sehingga kaudapat mempertanggung-jawabkan kelak, pada saat perjumpaanmu dengan Allah SWT. Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah saw: Tidak akan tersucikan suatu ummat selama si lemah tidak dapat menuntut dan memperoleh kembali haknya dari si kuat tanpa rasa takut dan cemas.

(Sumber: Muhammad al Baqir, Mutiara Nahjul Balaghah, Mizan 1999)








Ucapan-ucapan pilihan yang diucapkan oleh Fathimah as.


Ucapan-ucapan suci pilihan yang pernah diucapkan oleh Fathimah as. dan telah diriwayatkan Ahlussunnah Wal Jamaah dan Syiah. Dengan mengambil ilham dari ucapan-ucapan suci tersebut diharapkan cahaya hikmah akan terpancar dalam lubuk kalbu kita dan akan menjadi penerang jalan bagi kita dalam menjalani kehidupan sehari-hari:
1. Kedudukan Ahlul Bayt a.s. di sisi Allah
“Panjatkanlah puja kepada Dzat yang karena keagungan dan cahaya-Nya seluruh penduduk langit dan bumi mencari perantara untuk menuju kepada-Nya. Kami adalah perantara-Nya di antara makhluk-Nya, kami adalah orang-orang keistimewaan-Nya dan tempat menyimpan kesucian-Nya, kami adalah hujjah-Nya berkenaan dengan rahasia ghaib-Nya, dan kami adalah pewaris para nabi-Nya”.

2. Segala yang memabukkan adalah haram
Rasulullah SAWW pernah bersabda kepadaku: “Wahai kekasih ayahnya, segala yang memabukkan adalah haram, dan segala yang memabukkan adalah khamar”.

3. Wanita terbaik
“Yang baik bagi wanita, hendaknya ia tidak melihat laki-laki dan laki-laki tidak melihatnya”.

4. Hasil ibadah yang disertai ikhlas
“Orang yang menghadiahkan kepada Allah ibadahnya yang murni, maka Ia akan menurunkan kepadanya kemaslahatannya yang terbaik”.

5. Kedudukan Siti Fathimah a.s.
Rasulullah SAWW bersabda: “Kerelaan Fathimah adalah kerelaanku dan kemurkaannya kemurkaanku. Barang siapa mencintai Fathimah putriku, maka ia telah mencintaiku, barang siapa yang membuatnya rela, maka ia telah membuatku rela, dan barang siapa membuatnya murka, maka ia telah membuatku murka”? 6. Umat yang paling burukFathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Umatku yang terburuk adalah mereka yang berlimpahan nikmat, makan makanan yang berwarna-warni, memakai pakaian yang beraneka ragam dan mengucapkan segala yang diinginkan”.

7. Kapan seorang wanita lebih kepada Allah?
Fathimah a.s. bercerita: Rasulullah SAWW pernah bertanya kepada para sahabat mengenai wanita apakah dia? “(Wanita adalah) sebuah rahasia (yang harus dijaga)”, jawab mereka pendek. “Kapankah ia lebih dekat kepada Tuhannya?”, tanya Rasulullah SAWW kembali. Mereka tidak dapat menjawab. Ketika ia (Fathimah a.s.) mendengar hal itu, spontan ia menjawab: “Ketika ia berada di dalam rumahnya”. “Fathimah a.s. adalah penggalan tubuhku”, sabda Rasulullah SAWW menimpali.

8. Buah mengirimkan shalawat kepada Fathimah a.s.
Fathimah a.s. berkata: Rasulullah SAWW pernah berkata kepadaku: “Wahai Fathimah, barang siapa bershalawat kepadamu, maka Allah akan mengampuni (dosa-dosanya) dan mengumpulkannya denganku di surga”.

9. Imam Ali a.s. adalah seorang panutan dan pemimpin
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Barang siapa yang menganggap aku sebagai walinya, maka Ali adalah walinya, dan barang siapa yang menganggap aku sebagai imamnya, maka Ali adalah imamnya”.

10. Hijab Fathimah a.s.
Suatu hari Rasulullah SAWW bertamu ke rumah Fathimah a.s. dengan membawa seorang buta. Ia langsung menutup dirinya dengan hijab supaya tidak dilihat oleh orang tersebut. Rasulullah SAWW langsung bertanya: “Mengapa engkau menutupi dirimu dengan hijab padahal ia tidak dapat melihatmu?”
“Jika ia tidak dapat melihatku, aku yang dapat melihatnya. Ia dapat mencium aroma badanku”, jawabnya.
“Aku bersaksi bahwa engkau adalah pengalan tubuhku”, jawab Rasulullah SAWW menimpali.

11. Sebuah konsep hidup yang sempurna
Fathimah a.s. berkata: (Pada suatu malam) Rasulullah SAWW pernah bertamu ke rumahku dan aku sudah naik ke ranjang untuk tidur malam. Ia berpesan: “Wahai Fathimah, janganlah engkau tidur kecuali setelah melakukan empat hal: mengkhatamkan Al Quran, menjadikan para nabi a.s. sebagai pemberi syafaatmu, menjadikan mukminin rela terhadap dirimu dan melaksanakan haji dan umrah”.

Setelah berkata demikian, ia langsung melaksanakan shalat. Aku sabar menunggunya hingga ia menyelesaikan shalatnya. Setelah menyelesaikan shalatnya, aku bertanya: “Wahai Rasulullah, engkau memerintahkanku untuk melaksanakan empat hal yang tidak mungkin dapat kukerjakan dalam kondisi seperti ini?”

Ia tersenyum seraya berkata: “Jika engkau membaca ‘qul huwallaahu ahad’ (maksudnya membaca surah al-ikhlash — pen.) sebanyak tiga kali, maka kamu telah mengkhatamkan Al Quran, jika engkau bershalawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, maka kami akan memberikan syafaat kepadamu pada hari kiamat, jika engkau beristigfar untuk mukminin, maka mereka akan rela terhadapmu, dan jika engkau membaca ‘subhaanallaah wal hamdulillaah walaa ilaaha illallaah wallaahu akbar’ engkau telah mengerjakan haji dan umrah”.

12.Kerelaan suami
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Celakalah seorang istri yang membuat suaminya marah dan kabar gembira bagi seorang istri yang suaminya rela terhadapnya”.

13.Manfaat cincin akik
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Barang siapa yang selalu memakai cincin akik, maka ia akan selalu melihat kebaikan”.

14.Ali a.s. adalah pemecah problema yang terbaik
Fathimah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW pernah bercerita: Sekelompok malaikat pernah bertengkar tentang suatu masalah. Kemudian mereka meminta seorang penengah dari bangsa manusia. Allah mewahyukan kepada mereka agar memilih siapa yang mereka sukai. Akhirnya mereka memilih Ali bin Abi Thalib a.s.

15.Wanita penghuni neraka
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bercerita tentang pengalamannya setelah melihat penduduk neraka: “Wahai putriku, wanita yang digantung dengan rambutnya itu adalah wanita yang tidak menutupi rambutnya dari pandangan laki-laki, wanita yang digantung dengan lidahnya adalah wanita yang suka mengganggu suaminya. Adapun wanita yang berkepala babi dan berbadan keledai adalah wanita yang suka mengadu domba dan pembohong, dan wanita yang berbadan anjing adalah wanita penyanyi dan penghasut”.

16.Syarat-syarat orang yang berpuasa
“Orang yang sedang menjalankan puasa jika tidak menjaga mulut, telinga, mata dan seluruh anggota badannya, maka ia tidak termasuk kategori orang yang berpuasa”.

17.Muslim pertama dan yang paling alim
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Suamimu (Imam Ali k.w.) adalah orang yang paling alim, orang yang pertama masuk Islam dan orang yang paling penyabar”.

18.Menolong keturunan Rasulullah SAWW
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Jika seseorang pernah menolong seorang dari keturunanku dan ia belum membalasnya, maka aku yang akan membalasnya”.

19. Ali a.s. dan para pengikutnya
Fathimah a.s. berkata: “Ayahku melihat Ali a.s. seraya berkata: “Orang ini (Imam Ali k.w.) dan para pengikutnya adalah penghuni surga”.

20. Para pengikut Ali a.s. di hari kiamat
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Wahai Abal Hasan, engkau dan para pengikutmu adalah penghuni surga”.

21. Al Quran dan ‘itrah dalam ucapan Rasulullah SAWW
Fathimah a.s. bercerita: Aku pernah mendengar ayahku berpesan ketika ia sedang menunggu ajal tiba dan kamarnya dipenuhi oleh para sahabat: “Wahai manusia, tidak lama lagi aku harus pergi meninggalkan kalian dan sebelum ini telah kusampaikan sebuah pesan sebagai hujjah terakhir bagi kalian. Ingatlah baik-baik, aku tinggalkan bagi kalian kitab Tuhanku dan Ahlul Baytku”. Kemudian mengangkat tangan Ali a.s. seraya berseru: “Inilah Ali. Ia akan selalu bersama Al Quran dan Al Quran juga akan selalu bersamanya. Keduanya tidak akan pernah berpisah hingga mereka datang menghadapku di telaga surga. Oleh karena itu, aku akan menanyakan kalian bagaimana kalian memperlakukan keduanya”.

22. Mencuci Tangan
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Janganlah menyalahkan kecuali dirinya sendiri orang yang hendak tidur malam sedangkan tangannya masih berlumuran debu”.

23. Balasan bagi orang yang selalu berwajah ceria
“Selalu berwajah ceria akan membawa seseorang masuk surga”.

24. Konsekuensi berumah tangga
“Wahai Rasulullah, tanganku telah mengapal karena setiap hari aku harus membuat tepung dan membuat adonan roti”.

25. Bahaya kikir
Fathimah a.s. berkata: Rasulullah pernah berpesan kepadaku: “Jauhilah sifat kikir, karena kikir adalah sebuah penyakit yang tidak akan menjangkiti orang dermawan. Jauhilah sifat kikir, karena sifat kikir adalah sebuah pohon di neraka yang ranting-rantingnya menjulur ke dunia. Barang siapa yang berpegang teguh kepada sebatang rantingnya (di dunia), maka tangkai tersebut akan menyeretnya ke dalam neraka”.

26. Pahala kedermawanan
Fathimah a.s. berkata: Rasulullah SAWW pernah berpesan kepadaku: “Peganglah sifat kedermawanan, karena sifat itu adalah sebuah pohon di surga yang ranting-rantingnya menjulang ke bumi. Barang siapa yang berpegangan dengan sebatang tangkainya (di dunia), maka tangkai tersebut akan menuntunnya menuju surga”.

27. Pahala mengucapkan salam kepada Rasulullah SAWW dan Fathimah a.s.
Fathimah a.s. berkata: Rasulullah SAWW pernah bersabda kepadaku: “Barang siapa yang mengucapkan salam kepadaku dan kepadamu selama tiga hari berturut-turut, maka ia berhak mendapatkan surga”.

28. Senyum yang penuh rahasia
Aisyah bercerita: Ketika Rasulullah SAWW sedang sakit parah, ia memanggil putrinya seraya membisikkan sesuatu di telinganya. Fathimah a.s. menangis. Kemudian ia membisikkan sesuatu untuk kedua kalinya. Fathimah a.s. tersenyum. Setelah itu aku bertanya kepadanya tentang hal itu. Ia menjawab: “Tangisku karena Rasulullah SAWW memberitahu kepadaku bahwa ia akan segara meninggal dunia, dan senyumku karena ia memberitahu kepadaku bahwa aku adalah orang pertama yang akan menyusulnya”.

29. Rasulullah SAWW adalah ayah bagi keturunan Fathimah a.s.
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menjadikan setiap keturunan yang berasal dari seorang ibu sebagai keluarga yang berhubungan nasab langsung dengannya kecuali keturunan Fathimah. Karena aku adalah wali mereka (dan nasab mereka menyambung kepadaku)”.

30. Kebahagiaan sejati
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Jibril mewahyukan kepadaku bahwa orang yang sesungguhnya bahagia adalah orang yang mencintai Ali, baik pada masa hidupku maupun setelah wafatku”.

31.Rasulullah SAWW dan Ahlul Bayt a.s.
Fathimah a.s. bercerita: Suatu hari aku bertamu ke rumah Rasulullah SAWW. Ia membentangkan sehelai kain seraya berkata kepadaku: “Duduklah di atasnya”. Tak lama kemudian Hasan masuk. Rasulullah SAWW berkata kepadanya: “Duduklah bersama ibumu”. Selang beberapa waktu Husein masuk. Ia berkata kepadanya: “Duduklah bersama mereka berdua”. Kemudian Ali masuk. Ia berkata kepadanya: “Duduklah bersama mereka”. Setelah itu Rasulullah SAWW melipat kain tersebut sehingga menutupi kami seraya berkata: “Mereka adalah dariku dan aku dari mereka. Ya Allah, ridhailah mereka sebagaimana aku ridha atas mereka”.

32. Doa Rasulullah SAWW ketika masuk dan keluar dari masjid
Ketika masuk masjid, Rasulullah SAWW selalu membaca doa “Bismillaah, allaahumma shalli ‘alaa Muhammad waghfir dzunuubii waftah lii abwaaba rahmatik”, dan ketika keluar dari masjid, ia membaca doa “Bismillaah, allaahumma shalli ‘alaa Muhammad waghfir dzunubii waftah lii abwaba fadhlik”.

33.Keutamaan waktu antara fajar hingga matahari terbit
Fathimah a.s. bercerita: Suatu pagi Rasulullah lewat di sampingku ketika aku sedang berbaring hendak tidur pagi. Ia menggerakkanku dengan kakinya seraya berkata: “Wahai putriku, bangunlah, saksikanlah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau termasukdalam golongan orang-orang yang lupa. Karena Allah akan membagi rezeki manusia di antara waktu fajar dan matahari terbit”.

34.Orang sakit berada di bawah lindungan Allah
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Ketika seorang hamba sakit, Allah mewahyukan kepada para malaikat: “Bebaskanlah dia dari taklif selama ia menjadi tanggungan-Ku. Karena Akulah yang menahannya (dengan jalan menyakitkannya) sehingga Aku mencabut nyawanya atau menyembuhkannya”. Ayahku sering berkata: “Allah mewahyukan kepada para malaikat: “Tulislah bagi hamba-Ku ini sebanyak pahala amalan yang dikerjakannya pada waktu ia sehat”.

35. Menghormati orang lain
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Orang yang baik di antara kalian adalah orang yang paling luwes bergaul dengan orang-orang sekitarnya dan yang paling pengertian terhadap istrinya”.

36. Pahala membebaskan budak
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Barang siapa yang membebaskan seorang budak mukmin, maka ia akan terbebaskan dari api neraka”.

37. Waktu terkabulnya doa
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Pada hari Jumat terdapat sebuah waktu yang jika seorang hamba berdoa demi kebaikan di dalamnya, niscaya Allah akan mengabulkannya. (Waktu itu) adalah menjelang matahari terbenam”.

38. Meremehkan shalat
Fathimah a.s. berkata: Aku pernah bertanya kepada ayahku berkenaan dengan orang yang meremehkan shalat, baik laki-laki maupun wanita. Ia bersabda: “Barang siapa yang meremehkan shalat, baik laki-laki maupun wanita, Allah akan menimpakan atasnya lima belas macam bala:
Allah akan menghilangkan berkah dari umurnya.
Allah akan menghilangkan berkah dari rezekinya.
Allah akan memusnahkan tanda-tanda orang saleh dari wajahnya.
Setiap amalan yang diamalkannya tidak akan diberi pahala.
Doanya tidak akan naik ke langit (baca : tidak dikabulkan).
Doa orang-orang saleh tidak akan meliputinya.
Ia akan meninggal dunia terhina.
Ia akan meninggal dunia kelaparan.
Ia akan meninggal dunia kehausan. Seandainya ia minum seluruh air sungai yang berada di dunia ini, niscaya dahaganya tidak akan sirna.
Allah akan mengutus malaikat yang siap menakut-nakutinya di dalam kubur.
Kuburannya akan terasa sempit dan hanya kegelapan yang akan menyelimutinya.
Allah akan mengutus malaikat yang akan menyeretnya dalam keadaan tengkurap dengan disaksikan oleh para makhluk (yang lain).
Ia akan dihisab dengan hisab yang berat.
Allah tidak akan sudi melihat wajahnya (baca : berpaling darinya), dan
Allah tidak akan menyucikannya, dan baginya siksaan yang pedih”.

39. Kekalahan para lalim
Fathimah a.s. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAWW bersabda: “Jika dua pasukan yang zalim saling berperang, Allah akan membiarkan mereka dan tidak penting bagi-Nya pasukan mana yang akan menang. Dan jika dua pasukan zalim saling berperang, maka kekalahan akan dialami oleh pasukan yang terzalim”.

40. Cuplikan khotbah Fathimah a.s.
Fathimah a.s. pernah melantunkan sebuah khotbah terkenalnya di masjid yang cuplikannya adalah sebagai berikut: “Allah menciptakan iman demi menyucikan kalian dari kemusyrikan, mewajibkan shalat demi membersihkan kalian dari sifat congkak, mewajibkan zakat demi menyucikan jiwa dan menambah rezeki, mewajibkan puasa demi memperkokoh ikhlas (dalam jiwa kalian), mewajibkan haji demi memperkokoh agama, menganjurkan (bertindak) adil demi mematri kalbu, mewajibkan taat kepada kami demi teraturnya masyarakat, memproklamirkan keimamahan kami demi menjaga umat dari berpecah-belah, mewajibkan jihad demi memuliakan Islam, menganjurkan kesabaran demi membantu mendapatkan pahala, mewajibkan amar ma’ruf demi menjaga kemaslahatan umum, memerintahkan berbuat baik kepada orang tua demi menghindari kemurkaan-Nya, menganjurkan silaturahmi demi memperbanyak jumlah saudara, mewajibkan qishash demi menjaga pertumpahan darah, mewajibkan melaksanakan nazar demi memperoleh pengampunan, mewajibkan menyempurnakan timbangan demi mengikis habis sifat curang dalam jual beli, melarang meminum khamar demi membersihkan (umat) dari kekotoran (jiwa), melarang menuduh (orang lain) demi menghindarkan dari laknat, melarang mencuri demi mewujudkan harga diri, mengharamkan kemusyrikan demi terwujudnya ikhlas (dan pengakuan) terhadap ketuhanan-Nya. Oleh karena itu, bertakwalah kepada Allah dengan sesungguhnya, janganlah kalian mati kecuali dalam keadaan muslim dan taatilah Dia sesuai dengan perintah dan larangan-Nya, karena hanya orang-orang alim yang akan takut kepada-Nya”.