Usaha membina insan cemerlang ada hubung kait dengan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Kesepaduan peranan pihak berwajib iaitu sekolah dan ibu bapa mestilah saling bekerjasama serta mengambil tanggungjawab sebaik mungkin.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala diperintahkan.” (Surah at-Tahrim : Ayat 6)
Berdasarkan pemerhatian, pembabitan ibu bapa penting untuk memajukan pendidikan anak. Oleh itu, ibu bapa tidak boleh menyerah secara bulat-bulat kepada pihak sekolah dan guru dalam menentukan kejayaan serta kecemerlangan anak. Sebaliknya, ibu bapa perlu menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak sekolah.
Ibu bapa asas menentukan dasar pembinaan akhlak dan kecemerlangan anak. Apabila tumpuan ibu bapa terhadap anak berkurangan, maka kadar keciciran meningkat.
Anak pada peringkat awal pembesaran memerlukan ibu bapa sebagai orang terawal penunjuk jalan dan teladan yang baik.
Menurut prinsip pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia, kasih sayang dan komunikasi mesra sebenarnya bermula dari dalam rahim ibu lagi sehinggalah anak mencapai usia baligh. Justeru, dalam tempoh kritikal ini ibu bapa tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak.
Jika ibu bapa tidak mengambil berat, anak akan terdedah kepada gejala rosak akidah, hilang kemuliaan akhlak, maruah, juga ketinggalan dalam pendidikan. Kita tidak mahu anak menjadi keliru, tidak tahu memilih baik atau buruk dalam kehidupan mereka.
Prof Dr Yusuf al-Qardawi berkata, kesan paling menonjol akibat kelemahan kualiti keibubapaan hari ini adalah terpisahnya akhlak anak yang memudahkan dan mendedahkan mereka kepada krisis gejala sosial.
Satu kisah zaman Rasulullah, seorang sahabat berjemaah bersama Baginda kerap keluar dari jemaah awal sebelum sempat berdoa. Baginda bertanyakan kenapa balik tergesa-gesa sebelum sempat berdoa.
Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya.
Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda haram itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, Baginda terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya memerhatikan saja sahabat itu pulang ke rumah.
Pencapaian prestasi anak dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh-sungguh ibu bapa. Ibu bapa perlu membudayakan ilmu dan akhlak dalam kehidupan seharian anak.
Dalam menjamin keberkesanan menentukan kejayaan pendidikan anak, ibu bapa perlu menetapkan enam petunjuk sebagai ukuran bagi menentukan hala tuju dan tindakan mesti dilaksanakan anak antaranya :
Memastikan mereka menunaikan solat fardu lima kali sehari secara konsisten.
Memastikan anak mempelajari dan memahami al-Quran setiap hari.
Mendapat makanan halal, berzat dan memenuhi keperluan nutrien harian.
Menyemak buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Menetapkan sasaran setiap mata pelajaran anak sekurang-kurangnya mencapai 80 peratus.
Mengadakan perjumpaan dengan guru kelas sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklum balas prestasi pembelajaran serta tahap sahsiah anak di sekolah.
Ibu bapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan beranggapan kita sudah menunaikan kewajipan dan hak apabila anak dihantar ke sekolah.
Tanggungjawab ibu bapa bukan hanya memastikan anak hidup selesa pada masa akan datang, tetapi juga memastikan mereka mempunyai prinsip teguh dan jati diri yang kuat.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.” (Surah al-Ahzab : Ayat 72).