Aku ingin belajar menjadi orang sentiasa bersangka baik terhadap manusia lain agar semua ini di berkati oleh ALLAH s.w.t… Kadang-kadang melihat beberapa situasi mesti ad rasa prasangka yang tidak baik. Sambil belek-belek artikel yang ad nie nak kongsi bersama bagaimana untuk bersangka baik terhadap orang lain agar kehidupan lebih aman dan tenteram..
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua,maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh(Jahil), maka katakanlah (dalam hatimu) :
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh(Jahil), maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Asatagfirullahalazim...Jahil nyer kiter berbanding orang lain yang lebih disayangi ALLAH dan lebih hebat cintanya kepada Allah.
Ya ALLAH seandainya dapatku amalkan tips ini insyaallah boleh menghindarkan diri dari sikap yang tidak baik seperti ujub dan riak. Kalaulah ad sifat ujub dan riya’ dalam diri ini alangkah rugi nyer kiter kerana habislah amal yang kiter buat tue.
“YA ALLAH AKU MOHON KEPADAMU DENGAN SEBENAR-BENAR PEMOHONAN JAUHKANLAH AKU DARI SIKAP RIYA’ DAN UJUB AGAR AKU TERUS IKHLAS MELAKUKAN IBADAH KEPADAMU, YA ALLAH BERIKANLAH AKU CINTA, KASIH SAYANG SERTA RINDU MU PADAKU AGAR AKU TERUS MENCINTAI SEHINGGA KE AKHIR USIA KU..YA ALLAH SIAPA AKU TANPA MU, YA ALLAH LEMAHNYA AKU TANPA PERTOLONGANMU DARI ITU DIDIKLAH DIRI INI AGAR SENTIASA TAWAKAL KEPADAMU, YA ALLAH DIDIKKANLAH DIRI INI AGAR MENJADI HAMBA YANG TAAT KEPADAMU SEHINGGA KEAKHIR USIA KU NANTI…”