Selasa, 10 Mei 2011

Beza Akal Dan Otak


Beza berakal dan berotak

Manusia dicipta mempunyai akal dan nafsu. Berbeza dengan malaikat dicipta hanya mempunyai akal, dan haiwan hanya mempunyai nafsu. Oleh itu, kejadian manusia adalah lebih baik daripada malaikat apabila ia menggunakan akal, mampu membeza kemudian membuat keputusan berdasarkan akal, bukan nafsu, walaupun nafsu pun manusia ada.

Persoalan, jika malaikat itu dijadikan mempunyai akal, dan manusia juga dijadikan mempunyai akal, adakah akal malaikat dan akal manusia sama? Jawapannya: Sama. Malaikat menggunakan akal untuk memenuhi tuntutan Tuhan, manusia juga menggunakan akal untuk memenuhi tuntutan Tuhan, bukan utk sesuatu di luar dari skop apa yg Tuhan mahu. Hanya dan hanya apa yg Tuhan mahu, menggunakan akal yg dianugerahkan.

Cumanya role malaikat dan role manusia tak sama, role masing-masing. Manusia ada rolenya, malaikat pun ada rolenya. Tapi hakikatnya mereka dianugerahkan akal utk melaksanakan role yg diberikan Tuhan.

Kajian sains menunjukkan haiwan boleh berfikir walaupun kapasitinya tidak setanding manusia, tapi haiwan juga boleh berfikir. Pelbagai kajian dijalankan ke atas haiwan seperti chimpanzi, dolphin, anjing, burung dsb. hasilnya konsisten, haiwan juga boleh berfikir. Jika dilatih dengan betul, haiwan juga to some extend boleh menjadi pandai, boleh membuat keputusan, walaupun tidak setanding manusia. Ini fakta.

Persoalan, jika haiwan boleh berfikir, maka adakah ini bukti bahawa haiwan juga berakal sepertimana malaikat dan manusia yg dianugerahkan akal? Jawapannya: Tidak. Kajian sains cuma membuktikan bahawa haiwan mempunyai otak, dan pada kapasiti tertentu boleh berfikir, boleh membuat keputusan. Dalam perkataan lain yg lebih mudah, haiwan cuma berotak. Tapi tidak berakal. Haiwan menyayangi anak-anak mereka, dijaga, diberi makan, membuktikan haiwan juga berotak lalu mempunyai kapasiti perasaan.

Kalau begitu, apa bezanya berotak dan berakal? Haiwan berotak, tapi tidak berakal. Manusia berotak dan juga berakal, manakala malaikat berakal, tapi tidak mempunyai otak seperti haiwan dan manusia. Malaikat dijadikan daripada cahaya, sudah pasti tidak berotak zahir seperti haiwan dan manusia yg hidup di atas planet bumi. Disebabkan malaikat tidak mempunyai otak, maka mereka tidak mempunyai perasaan seperti manusia dan haiwan.

Jika ditakdirkan malaikatlah yg diberi role khalifah di atas muka bumi, sudah pasti bumi ini selesai sejahtera sebelum subuh menjelma, sesiapa2 yg menentang, yg byk bagi alasan akan dibantai, dibersihkan tanpa kompromi. No mercy. Tetapi disebabkan role khalifah itu diberi kepada manusia, maka progress utk menegakkan agama mengambil masa yg lama dan hingga bertahun-tahun, kerana perasaan belas kasihan dan kompromi, yg tidak ada pada malaikat.

Kesimpulannya, manusia adalah kejadian yg istimewa kerana mempunyai otak dan mempunyai akal. Mempunyai otak dan mempunyai akal adalah dua perkara berbeza. Jika manusia sentiasa memenuhi tuntutan Tuhan (berakal) dan tidak cenderung kepada kemahuan peribadi (nafsu), maka manusia boleh menjadi lebih baik dari malaikat. Kerana malaikat hanya mempunyai akal utk 100% memenuhi tuntutan Tuhan, tetapi tidak bernafsu, oleh itu malaikat tidak ada apa-apa kemahuan peribadi yg hendak dipenuhi.

Persoalan terakhir dan terpenting, adakah manusia sekarang sedar bahawa mereka mesti memenuhi tuntutan Tuhan (di dalam AlQuran) in order untuk diiktiraf sebagai makhluk yg berakal? Jawapannya: Tidak. Manusia sekarang perasan mereka berakal walaupun hakikatnya mereka cuma berotak. Otak yg berada dalam tengkorak digunakan utk memenuhi nafsu, bukan utk memenuhi akal (=memenuhi tuntutan Tuhan di dalam AlQuran). Haiwan juga mempunyai otak dan mereka menggunakannya utk memenuhi nafsu. Sama seperti manusia sekarang.

Oleh itu manusia sekarang lebih teruk dari haiwan. Kerana manusia sekarang sedang menghancurkan bumi. Bumi sekarang tunggu nak meletup, disebabkan manusia, bukan disebabkan haiwan. Manusia tidak menjalankan role khalifah di atas muka bumi. Tidak memenuhi tuntutan Tuhan.

Bila ditegur semakin degil. Lebih teruk dari haiwan.

Manusia sekarang berotak tapi tidak berakal.
Sebab? Sistem pendidikan hasil tangan manusia dan tidak berlandaskan wahyu.

Berotak = boleh berfikir.
Berakal = memenuhi tuntutan Tuhan.

Manusia - berotak, bernafsu, dan (sepatutnya) berakal
Malaikat - tidak mempunyai otak, tidak bernafsu, tetapi mempunyai akal
Haiwan - berotak, bernafsu tetapi tidak diberi akal (= task utk memenuhi tuntutan Allah)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan