Jumaat, 1 April 2011

PadaMu Ku Bersujud



Firman Allah :
"Jangan kamu merasa suci. Dia yang lebih mengetahui siapa yang bertaqwa."
(Q.S An-Najm : 32)

Di dalam Kitab Al-Fawa'id, Ibnu Qayyim menyatakan:
"Nabi Sulaiman 'Alaihissalam mengatakan : "Kami belajar dari apa saja yang dipelajari dan yang tidak dipelajari oleh manusia. Kami tidak mendapat sesuatu yang lebih besar dari ketaqwaan kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala. Maka apabila kamu hendak berwasiat kepada kekasihmu, anakmu, sahabatmu, saudaramu, atau tetanggamu, maka berwasiatlah kepada mereka untuk sentiasa bertaqwa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala."

Thalq bin Habib berkata : " Yang dimaksudkan dengan ketaqwaan iaitu kamu melaksanakan kebaikan kerana nur (cahaya) dari ALLAH SWT  dan kamu takut akan seksanya."

Ibnu Taimiyyah berkata : "Bertaqwa kepada ALLAH SWT, ertinya mengerjakan segala sesuatu yang diperintahkan dan meninggalkan segala sesuatu yang dilarang."

Ali bin Abi Thalib Radiyallahu'anhu berkata : " Bertaqwa kepada ALLAH bererti takut kepada ALLAH Yang Maha Agung, mengamalkan  apa yang diwahyukan, redha terhadap yang sedikit dan mempersiapkan diri untuk hari esok (hari qiamat).







Tiada ulasan:

Catat Ulasan