Ahad, 20 Februari 2011

bertaubatlah..

Firman ALLAH Ta'ala dalam AL Qu'ran:
"Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutamanya sembahyang) itu menghapuskan kejahatan."
(Surah Huud : 11 : 114)

Sabda Rasulullah SAW :
"Bertaqwalah kamu dalam keadaan apa sekalipun . Iringilah segala kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik dan terpuji."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Imam Al Ghazali pernah mendengar ucapan seorang ulama ' yang tinggi ilmu serta amalannya iaitu  al UstazAbu Ishaq al Asfarayani Beliau berkata :

"Aku telah berdoa selama tiga puluh tahun agar ALLAH melimpahkan taufiq taubatnasuha hingga aku merasa kehairanan. Subhanallah suatu hajat yang aku pinta selama tiga puluh tahun belum juga aku kecapi hingga kini. Kemudian aku rasa seolah-olah aku sedang bermimpi dan aku mendengar perkataan ini : "Ya Abu Ishaq, hairankah engkau tentang perkara itu ? Tahukah engkau bahawa permohonan kamu itu adalah agar ALLAH mencintaimu . Tidakkah engkau mendengar bahawa ALLAH sangat mencintai orang yang bertaubat dan bersih kelakuannya. Adakah engkau menganggap bilaseseorang ingin disukai  ia merupakan suatu perkara yang mudah ? Lihatlah ketekunan dan perhatian para Imam dalam memperbaiki hati mereka dan bagaimana mereka mempersiapkan dan membekalkan diri dengan bekalan untuk akhirat."

Ilmu tanpa amal adalah penjara (bagi ilmu itu sendiri) dan amal tanpa ilmu adalah keanehan. Jika ilmu  tersebut tidak boleh menjauhkan dari maksiat dan tidak menjadikanmu yang memilikinya menjadi taat kelak ia tidak akan menjauhkanmu dari api neraka Jahanam.


"Wahai Tuhanku, inilah hamba yang mengembara kembali menghadap rahmatMu, segala maksiat kembali kepada kebenaran, hambaMu berdosa menghadap dengan memohon keampunan. Ampunilah aku dengan kemurahanMu, terimalah aku dengan kurniaanMu, dan pandanglah aku dengan rahmatMu.
Ya ALLAH ampunilah dosa-dosaku yang telah laludan peliharalah sisa-sisa hidupku. Sungguh segala kebaikan itu seluruhnya berada padaMu dan Engkau adalah yang paling penyayang dan Maha Mengasihi kami."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan