Ahad, 18 Disember 2011

KEUTAMAAN CINTA KERANA ALLAH


Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu'az bin Jabal r.a., ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya: 'Orang yang bercinta kerana Allah s.w.t. berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.'"

Abu Muslim menyambung: "Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin Al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mua'az bin Jabal, maka ia menyatakan:

'Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman: 'Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku." Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya."

(Riwayat Ahmad)